Monday, July 16

kehilangan di bulan jun & julai

oh.. kami diduga dengan beberapa kehilangan sejak kebelakangan ini..

1) hands freeku.. amat berguna kala aku kesepian. untuk mendengar radio dari hp.

2) uwang $$$$... bulan lepas aje byk RM hilang tanpa disedari dalam beg duit. baru draw duit... dah hilang beberapa helai dalam masa beberapa jam. beberapa kali sudah berlaku setiap kali buat pengeluaran. kaedah pencegahan sudah ada. alhamdulillah, setakat ini berkesan.

3) helmet & jeket dalam 'tong' motor. kejadian di rumah juga. entah malaon mana yang mencuri tu.. kejadian disedari waktu nak pergi kerja. tak pasal2 aku lewat hari tu sbb terpaksa pinjam helmet dari orang.

4) sepupu bf yang bertugas sebagai sarjan merupakan salah seorang mangsa dalam kejadian nuri hilang di genting. sampai saat ni masih belum ditemui. kami dah menjenguk keluarganya di TUDM subang untuk memberi semangat.

5) projektor division hilang di top kabinetku. kabinetku memang tak berkunci semasa aku mengambil alih tempat tu. kejadian disedari jumaat lepas masa finance division nak buat miting dan nak pakai projektor. selalunya sesiapa mengambil kena tulis dalam buku rekod. last orang pinjam 4/7/07 dan dikembalikan pada 5/7/07. dah email pada semua secretary dan orang2 di divisionku. tak de yang mengaku setakat ini.


mmmmm apa lagi yang hilang lepas ni...

6) oh tak lupa. kehilangan liza, teman sekerja di division kami. berhenti dan menjadi suri rumah sepenuh masa. sekarang hampir segala peninggalan kerja terbeban ke bahuku. rasa nak rebeh.

No comments: