pagi tadi berat betul mata. apa taknya mlm tadi susah pulak nak tidur bila tekak perit. ada ciri2 selsema akan menyerang. segera cari ubat batuk. mata baru nak lelap, dahaga pulak. ishhh susahnya nak tidur mlm tadi. pasal tu ler pagi mengantuk bangat. tu pasal agaknya.. blurr aje. oksigen belum naik ke kepala. nasib baik tak de task mencabar. lunch sempat lelap sekejap disurau. lepas tidur sekejap kepala pulak berdenyut2 manja. adehhh!!!
hari tu projektor hilang. pastu jumpa balik. hari ni salah satu wayar projektor tak de dalam casing. letih betul laaa jaga barang seketul ni. last2 dorang pinjam projektor tjsb.
petang, azri budak industrial trainee sempat menunjuk ajar satu task yang bakalku warisi sebelum dia balik UK (bukan ulu klang). task ni saja dorang assign kat dia sepanjang dia training kat dept kitorang. bila tengok hasil memang menakjubkan w/pun dia bukan jurusan IT. task ni kena update hari2 memandangkan hari2 dapat report pelbagai jenis dari site office yang juga pelbagai. repot2 ni dilink ke calendar. maknanya bila klik kat calendar akan keluar pelbagai repot yang diperlukan yang akan dipamerkan di LCD division tak lama lagi.
sekarang ni sikit2 aku hand over keje pada zura. lembabnya aku nak setelkan yang outstanding bila dah lama ditinggalkan. malas + tak tahu nak mula yang mana satu. dah menjadi kebiasaanku menyenaraikan kerja2 yang nak dibereskan. tapi kalau dah M tu besar, hurup yang lain dah tak nampak.
ada kemungkinan aku akan berpindah tempat. tak jauh. sebelah tempat dudukku sekarang. betul2 depan bos besar. plan lantai berubah2. sekejap IT nak menyelit ditempat kami, sekejap lagi bos akaun bising sbb bebudak dia dah dipisah2kan. masing2 nak tempatkan staff sekelompok, tak mahu sana sikit sini sikit. dan kemungkinan juga, 2 orang engineer duduk belakangku. sorang jr sorang lagi dah jadi manager.
pukul 10 pagi tadi dpt sms. ku sangka dari siapa. rupanya bos besar no 2 yang tengah berumrah hantar sms. ni kali ke 2 dpt sms sepanjang percutian umrahnya. kali pertama mungkin testing. yang tadi reminder untuk satu tugas khas tapi mencabar kalau aku terlupa nak buat.
ishhh apa aku merapu ni labuu... tidur laaaaa. udah jam 11.30 malam. esok pagi ada briefing pasal medical dan insurance. tadah ajelah telinga ni. jangan kepala terlentok kat meja boardroom udah ler.
nota kaki : kepada yang menyambut ulang tahun perkahwinan... diucapkan "selamat berbahagia dan moga dipanjangkan jodoh" dan kepada yang bakal menyambut hari kelahiran.. diucapkan "selamat hari jadi, moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki".
Monday, August 27
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment