Friday, September 7

akhirnya... sampai juaaaa

dah lama aku nak pegi ke cameron highland. sesaja pergi sendiri, rasanya takkan sampai. pelawaan kawan bf yg sama2 menyertai multilevel (MLM - Revell) ni amat dialu2kan. walaupun yang sebenarnya kami tak aktif mana, setakat beli sabun basuh kain untuk pakai sendiri aje. kena bayar sendiri pun tak pe, janji pergi bersama2 dan ada orang tunjukkan jalan. seramai 10 keluarga dan beberapa orang bujang turut serta.

suhu memang sejuk. lebih2 lagi sepanjang di sana beberapa kali hujan turun. air paip mcm air ais. tidur malam terpaksa lipat 2 selimut. nasib baik acik tak semput tp aku plak yg semput sbb lupa bawa ubat. sehari sebelum pegi aku dpt mc, tp tak balik rumah sbb nak siapkan kerja. jadi aku belasah aje apa2 ubat yang ada.

apa agenda pun aku tak tahu. bila tanya upline dia sendiri pun tak pasti. mmmm.. tak pernah aku berouting tapi tak tahu agenda dan aturcara majlis. agaknya ni 1st time dorang organise familyday atau berouting. acara seterusnya akan diberitahu bila tiba masa nak buat. contohnya : pagi nak keluar pukul berapa. "lepas ni kita ke ladang ros, yer". haluan lepas tu dia tak cakap. tunggu lepas habis lawatan muhibah ke ladang ros baru tahu. itu pun kalau tanya, kalu tak tanya memang hampehhh tak tau punya. paling aku hangin, ada kereta cicir pun tak perasan. nasib baik upline aka kawan bf rajin calling kitornag tunjukkan jalan. biasa ler kitorang ni kalu konvoi sure cicir punya. orang balik kelantan 8 jam dah sampai. kitorang atleast 10 atau 12 jam baru sampai. last2 aku ikut aje arus dorang. dorang kata 'jom tolong masak'.. aku tolong potong bawang.

malam plak ada bbq. sebelum makan ada kata2 aluan dan motivasi dari jutawan MLM yang menyusul kemudian dari rombongan kami. sebulan RM200,000 income. sehari RM6k. Wow!!!! hebat.. sungguh hebat!! bukan semua orang diberi rezeki sebegitu.

malam ke 2 ada acara suaikenal. hahaa.. aku tak join. malehh heh.. bukannya aku tak pernah pegi meeting motivasi MLM ni. sesambil potong bawang, basuh pinggan pun aku dah berkenal2an ngan yang lain. bila sorang2 kena tanya, sudah tentu ada yg menjawab secara tak ikhlas 'iye.. saya seronok menyertai group ni'. walhal nak ikut bercuti aje.

gambar ni lepas menjelajah ladang teh. penat menurun dan mendaki bukit, pekena teh sebelum ke acara seterusnya. ladang ni dimiliki oleh seorang datuk berbangsa india sbb tu semua pekerja dia dari pekerja ladang teh hingga ke kashier tempat rehat, semuanya india.

lepas penat melawat ladang teh, strawberi, kektus, on the way balik ke tempat penginapan kitorang singgah pasar malam. murah2 juga barangannya. kektus kenit 7 pasu RM10, udang goreng salut tepung RM5 sebekas. strawberi pelbagai harga. bantal golek dan tiset strawberi pun murah dan boleh tawar menawar plak tu. tak sedar beg duit dah makin nipis isinya. kak timah kata sayur mayur kalu nak murah bleh beli di kea farm. eeee lagi aku teruja nak ke sana.
hari ke 3, kami balik dulu berbanding yang lain. lepas bfast, jam 9.30am kami berangkat pulang. sempat singgah di kea farm. betul!!! sayur pelbagai jenis 9 peket RM10. apa lagi.. borong tomato, tomato kenit, cili merah, baby corn, keledek kenit yg manis, kcg buncis, sayur pucuk, cili bengala dan karot. bf plak borong bunga kobis putih, hijau muda, hijau tua dan purple dan daun salad. kobis kitorang dah beli fresh dipetik dari pokok belakang tempat penginapan. fuhhhh rasa nak pegi lagi.

kes 1 :
ada orang tak kenal belacan bakar "biskut apa rasanya masin nih?". wakakakakkkk... tergolek2 aku gelak. masa tu aku tengah menyincang tomato untuk air asam. bf ngan kekawan dia yang duduk sebelahku sambil minum petang pun tak tahan nak simpan gelak.
kes 2 :
1st time dalam sejarah hidupku melihat remaja melayu membeli arak di sebuah kedai runcit. walau pun aku tak paham cakap tamil, india2 kat kedai tu perpandangan sesama sendiri sambil berkata "malay bla bla bla". agaknya dorang heran bila tengok orang melayu beli arak. nak cover punya pasal, pura2 beli gula2 masa aku ngan along Q nak membayar di kaunter. entah masa bila tukang kahier tu balut ngan suratkabar. tau plak malu. cehhhh!!!


3 comments:

zino said...

wah meriah nampak nya..

selamat berpuasa...

Anonymous said...

Hai kak melor..
bestnye dapat pegi Cameron...
Amy tak pernah pergi lagi....
nantila anak2 dah besar sikit, boleh la gi honey moon kot, hehe...

selamat berpuasa kak...

MOKCIK AZWA said...

Meloorrr...

looong taim baru berkesempatan menjenguk ke sini lagi. Wah jjcm sampai ke cameron ek. Sapa ler upline revel u tuu?? azwa pernah gak sekejap aktif pehtu langsung tak aktif2 dah sampai la nie...camno nak jadik jutawan kalau camnikan...