Alfatihah
Marilah kita sedekahkah Alfatihah untuk Allahyarhammah Norhasiah bt DOT Baginda Effendi, isteri Muhammad Izwanshah @ Wan @ ep telah kembali ke rahmatullah pada 25 April 2004, jam 12.52 pagi.
Panggilan yang ku terima pada jam 1.12.32am membuatkan jantungku berdebar2, haruskah aku ke sana sedangkan anak2ku sedang lena dibuai mimpi. Tak lama kemudian menerima panggilan dari zar yang dalam perjalanan. Aku berbalas sms ngan wan untuk mengetahui waktu jenazah dikebumikan.
"lepas solat zohor"
ah sempat lagi aku nak menyudahkan lauk untuk majlis adik iparku bisik hatiku.
Jam menghampiri pukul 10 pagi, mack menalifon menyatakan jenazah akan dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. Segera aku menyudahkan masakanku. Puding roti yang tengah dikukus tak sempat ku bawa sama.
Tiba di masjid dalam pukul 10.30 jenazah sedang disembahyangkan. Sempat bertemu mack seketika. Kala anak2ku menyapa atuk wan, aku kembali sebak.
Tak dapat hendak mengikut mereka hingga kekuburan kerana aku harus menghantar lauk ke klang rumah adik iparku. Tak pelah balik nanti aku boleh singgah lagi.
Aku tak boleh menunggu hingga majlis selesai walaupun tetamu datang silih berganti. Bpren memberi signal supaya berangkat segera.
Menurut sms zar, jenazah dikebumikan di seksyen 14, pj. Nak cari seksyen 14 satu hal.. nak cari kawasan perkuburan pun satu hal... segala talian hayat yang ada kitorang gunakan baik orang2 di tepi jalan mahupun teman2 bpren. Ada kawan cadangkan bertanya di masjid. Pun masih tak jumpa jugak. Last2 kami menemui satu kawasan perkuburan kg baiduri.
Sedang kami tercangak2 mencari kubur baru, datang penjaga kubur bertanyakan hajat kami. "yang itu kubur semalam.. hari ni tak de jenazah baru.. ada lagi satu kuburan di seksyen 19"
Lagi sekali kami meraba2 mencari seksyen 19.. alhamdulillah setelah puas bertanya barulah terjumpa. Jalan tu kami dah lalui beberapa kali masa mencari tadi. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Bermakna kami dah tercari2 selama 2 jam. (ada yang kata kubur ni dikawasan seksyen 14, kawasan industri... mmm entahlah)
Kubur arwah bersebelahan kubur arwah ibunya (menurut kata wan dalam sms), bersebelahan laluan jalan. Begitu mudah untuk dikunjungi.
namun aku rasa ralat yang bukan sedikit bila hanya memandang jenazah dikejauhan sedangkan awal2 dah mengetahui kematiannya.
sri diah - saat2 akhir di wad.
Monday, April 26
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment