Wednesday, April 28

secebis luahan rasa

hari ni aku terkedu lagi. sebentar tadi ku cari kesempatan meluahkan rasa hatiku pada teman2. selama ni aku sekadar mendiamkan diri kerana tidak mahu mengeruhkan suasana. tapi diamku bukan sebarangan. diamku kerana menghindarkan dari sebarang getaran suara dan kata2 yang kurang enak didengar.

selama mana harus aku begitu?? selama2nya kah? aku bukan manusia robot yang hanya menerima tanpa erti membantah. segala kata2 dan teguranku dianggap sebagai kata2 biasa. tiada beza antara teguran dan gurauan. nadanya sama.

~~~~~~~~~~~~~~~~~

kini, aku sudah pandai memberontak. sudah pandai meninggikan suara. engkau terkedu. aku sudah pandai melawan cakapmu. sudah tidak pandai menghormatimu. engkau tuduh aku macam2. tidakkah engkau sedar.. itulah pelajaran yangku terima selama ini??

No comments: