1st time berkemah
Mak dan ayah gi orang kenduri. pulang dari pasar aku terus ke dapur menyiang ikan dan sebagainya. Bpren plak sebok pasang kemah bawah pokok durian depan rumah. Nasib baik tepi parit tak de kawasan lapang, yang ada hanya pokok keladi dan rumput rumpai. Kalau tak mau gak dia pacak kat situ heheee. Kemain riuh suara anak2 menyebok tumpang seronok.
Aku sesekali menjengok dari dapur. Bila dah siap dipasang, bebudak mula mengangkut bantal masuk ke kemah. kelakar betul nengok gelagat dorang. Macam orang tak pernah jumpa kemah… hehee memang tak pernah jumpa pun.
Selesai memasak, bpren bentang tikar kat luar rumah juga kat bawah pokok durian bersebelahan ngan kemah. "Kita piknik ari niiii". Rumah tepi jalan besar, orang lalu lalang sure nampak kitorang tengah berpiknik makan tengahari beramai2. alahhh yang dewasanya 3 orang aje.. aku, bpren dan kakak. Yang lain semua anak2. orang tuaku yang balik kenduri mengeleng kepala menengok gelagat kitorang.
Bila ayah cadangkan supaya kemah dialih ke tepi rumah biar redup sikit, segera bpren mengarahkan anak2 angkut bantal masuk ke rumah. Senang nak pindah. Dah jadi macam pindah rumah pulak kena punggah isi kandungan kemah. Biasanya tengahari begini angin dari laut selat melaka bertiup kencang. Sungguh enak kalau zzzzz sementelaah perut dah kenyang. Untuk membantu menyejukkan kemah, kipas angin diletakkan.. anak2 berebut nak landing. Bpren kalau tak kerana ada urusan, mau gak dia tumpang menyempit tu...
Wednesday, May 5
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment