Wednesday, May 5

jumaat mlm sabtu punya cerita

7.50pm, masuk kereta terus tanya bpren "nak makan ker malam ni?" "nak makan yang ringan2 ajelah... kita singgah k4 kejap ye" jawab bpren terus membelok ker ruangan meletak kereta. Aku angguk tanda setuju. Kalau aku tau dia nak singgah tak yah suh dia jemput aku kat depan opis ni.. lagi elok terus ke mega mall. Bleh cuci mata hehee.

Sambil berjalan ke K4 kepala kerawang memikir juadah malam. "jum makan kat fish & chips.. dah lama tak makan kat sini" tetiba teringat pertanyaan ijan beberapa hari yang lepas. Oh dah tukar nama rupanya sekarang dikenali ngan nama The Manhattan Fish Market. Mmm enaknya juadah dipesan dah lama tak pekena makanan seenak begini. "malam ni daiyet pospon yer" gurauku pada bpren. (bpren skip dinner.. hanya makan pengalas perut aje)

Selesai makan kitorang ke K4. bpren nak cari barangan tuk camping. Dia dah beli kemah rupanya. penangan bpren Acik yang pasang kemah masa gathering kat sg congkak ari tu ler ni. Memula dia belek kemah, nak bandingkan harga. Ahhh mahal yang ni, yang beli tadi murah sikii. Pastu belek tikar, belek tilam angin pastu belek periuk pulak. Alahaiii semua dibelek belinya idak. Last2 nak gi jj pulak nak beli dapur portable. Mmm gi ler sensorang maleh nak ikut. Letih ikut dia ni survey barang... cam pompuan terbelek2 belinya idak. Bagus gak, tak macam aku.. tak berapa rajin nak buat perbandingan harga. Tak berapa rajin nak keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai yang lain. (zar suka bab2 survey harga ni)

Lama gak aku lepak luar K4 menunggu. Line tak de langsung kat kawasan tu, tak bleh nak tanya status survey dia. 9.40pm aku nampak dia berjalan laju melintasiku sambil mata melilau2. kat tangan tak de apa2.. tak jadi beli kut bisik hatiku. Melihat kelibatnya ke simpang pejabat pos depan kedai cermin mata aku mengambil keputusan ikut sebelah dunkin donut dan menunggu depan eskelator. Masam mencuka wajahnya. Rupanya dia dah tawaf 5/6 kali. Camne masing2 bleh tak perasan haaa???

Dalam kereta belambak barangan yang dibeli. Entah apa2 aku pun tak tau.

No comments: