Wednesday, June 9

bila hari bapa yer???

ahakssss!! baru pulang soping kat metrojaya. sempat membeli 2 helai kemeja lengan pendek untuk ayah. nak bagi sempena hari bapa. (nak bagi tak payah tunggu hari bapa)

sebenarnya aku rasa terharu ngan pengorbanan ayah selama ini. bukan dengan anak2 sahaja, malah dengan sesiapa sahaja.

ada seorang jiran tinggal membujang tak jauh dari rumah, kiranya dia tu biras ayah.. adik kepada adik ipar ayah (satu bapa lain emak dengan ayah). sudah lama dia tinggal disitu. baru2 ni dia jatuh sakit. ayah berulang alik menjengok. setiap waktu terluang pasti ke situ menjaga disamping anak angkat jiran yang bergilir2 menjaga dengan anaknya. (jiranku ini tidak pernah berkahwin dan tidak pernah mengambil anak angkat.. rezekinya, ada orang sudi menjadi anak angkat dan menjaga dipenghujung usianya)

2 hari sebelum kematiannya, ayah mengesyorkan jiran itu dibawa ke rumah abangnya yang terletak tidak berapa jauh. (abangnya sendiri tidak pernah mengesyorkan begitu). 2 malam berturut2 pula ayah tidur di sana.

entahlah.. kalau mahu ditulis terlalu banyak pengorbanannya. berkajang2 belum tentu tamat. apa sangat lah 2 helai kemeja itu dibandingkan dengan kuderat yang dicurahkan.

No comments: