kemanalah menghilangnya aku???
entah lah.. sejak menjak ni malas betul nak mengupdate blog. banyak peristiwa berlaku dan banyak juga idea2 yang ingin ditampilkan. setiap kali mengadap pc, terlalu banyak yang ingin diterokai dan dijelajahi.
sebelum ni aku tak perasan keujudan sinar mentari pagi dibelakangku.. hanya sehari dua ni terasa sinarannya begitu kuat tajam menikam mata itamku. keperitan mata memperlahankan aktiviti surfing.
semalam pc buat hal. kena restart banyak kali. entah terdownload apa tetiba ujud SEARCHBAR.. segala aktiviti jadi lembab. nak buat surat 4 helai mengambil masa 1 hari itu pun lepas klik sana klik sini.. terpaksa panggil orang IT untuk menyelesaikan masalah negara. sudah lewat petang baru berjaya dihapuskan.
petang semalam dan pagi ni cuma mendownload gambar ke internet. ternyata gagal. samada file terlalu besar atau ada masalah dimana2. ada 2 peristiwa yang ingin dipaparkan disini. tunggu ajelah itupun kalau menjadi.
esok, isnin dan selasa aku bercuti.
esok saja nak duduk rumah.
sabtu dan ahad, insyaallah akan berada di kg halaman bersama emak ayah.
isnin dan selasa berada di rumah melayan anak2 cuti sekolah.
bos dan LL bercuti seminggu, minggu depan.
jumaat, rakyat RJ, TG bin & RP berfamily day ke kucing. opis dibangunan sebelah akan kosong seketika.
mmmm indahnya dunia. maka jangan heranlah kalau minggu hadapan ada liputan langsung dari JJ, metrojaya atau K4 tentang perkembangan SALE di Mid Valley.
sekian.
Thursday, June 3
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment