kisah dulu2
hari ini kau datang riang
tersenyum buatku senang
kau hias dirimu
membuat hati bertambah sayang
tapi semalam wajahmu muram
mengapa dewi mengapa
mungkinkah aku bersalah.. katakan dewi katakan
manis riang
wajah bertambah ceria..
ihiksss!! bait2 lagu zaman aku kecik2 dulu... tatau sape penyanyinya, lagu zaman 70an kut. tetiba terkenang kisah silam. kisah silam yang tak mungkin berulang kembali. semua gara2 tulisan wan diblognya. ingatanku melayang2 antara 'arwah mak' dan 'arwah abah'. 'arwah mak' pergi dulu diikuti 'arwah abah' beberapa tahun kemudian.
masa kecik2, sekitar umur 6 atau 7 tahun aku amat gemar bertandang ke rumah makcikku ie kakak ayahku yang terletak kira2 100meter dari rumah. disana aku dilayan seperti anak2nya sendiri... sementelaah dirumah aku hanya ada seorang kakak. aku dengan kakak tak rapat sangat mungkin sebab perbezaan umur kami yang agak jauh. hanya sesudah masing2 berumahtangga dan beranak pinak baru aku berani bergurau senda ngan kakakku.
aku amat gemar melukis jari arwah abah pada kertas dan kemudian membandingkannya ngan jari2 halusku. sepanjang yang aku ingat arwah abah sudah agak uzur ketika itu. hanya duduk dan berbaring sepanjang hari namun masih mampu melayan karenahku.
rumah buruknya walaupun tak de letrik dan mandi air parit yang hitam.. bagaikan syurga padaku. makan minum dan malam pula tidur di sana, tak ingat nak balik rumah langsung. terpaksa ayah datang memujuk dengan pelbagai janji manis. aku tak suka nak balik rumah.. rumahku sunyi walau ada tv dan radio.
kadang2 aku mengikut sepupu2 lelakiku memancing merata2 tempat. pantang jumpa lubuk atau kolam dihalaman yang ditinggalkan, pasti kitorang datang jengok.. berhasil atau tidak tak jadi masalah. kak endon, sepupu perempuanku sudah jadi anak dara jadi aku tak join dia. dia lebih rapat ngan kakakku.
ahhhh manisnya saat2 bersama mereka.
Thursday, June 24
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment