Tuesday, June 1

Semalam yang tercuti

Semalam mengambil kesempatan pemergian bos ke LPP tuk mengambil cuti lagi sehari. Saja nak bergurau senda dan bermanje2 ngan anak2 sempena cuti sekolah ni. Bila lagi, iye tak??

Alhamdulillah sebahagian keadaan terkawal.

Lepas bfast aje memasing sebok nak main kat luar. Dengan umi bleh ler buat macam tu nak keluar rumah sesuka hati. Kalau bpren ada kat rumah semua kena ikut time. Tak bleh main merata2 selagi belum tiba waktu bermain (pukul 6 – 7pm). Dalam hal ni aku memberi sedikit kebebasan pada dorang asalkan tidak membahayakan diri dan masih dibawah pengawasanku.

Waktu bpren call pukul 11am, terkejut besar… semua anak2 dia berkeliaran dibawah. Aku pun ada sekali memerhatikan dorang.

Yang paling boring, angah dan acik memanjang bergaduh. Ada aje pasalnya. Angah tu nampak cerdik sikit tapi suka sangat control acik. Masa aku kat bilik air, terdengar dorang berdua bergaduh. Tak tau pasal apa. Pastu aku dengar suara salah seorang meraung. Rupanya angah dah kena kunci dalam rumah sementara acik dah lepas bebas ke taman. Segeraku laung acik pulang. Bila tanya nape acik kurung akak "angah marah acik, acik kurung la dia" hehee senang aje dia jawab. Kadang geram gak aku ngan perangai angah, memang patut pun dia kena cam tu. Biar dia tau, adik dia pun punya hati dan perasaan. Takkan nak ikut cakap dia aje.

Dah petang, lepas main dan mandi, saja aku pakaikan acik seluar tido bunga2 merah dan baju bunga2 biru. Baju atau apa saja bewarna merah adalah kepunyaan acik, apa saja bewarna hijau, biru atau lain2 adalah hak angah. Sementara aku kat bilik air, terdengar angah membebel memarahi adiknya. Geram betul aku. Rupanya dia marahkan adiknya sbb pakai baju tidur dia. Bila aku tegur "ari tu angah pakai baju tidur acik kan, acik tak marah pun.. nape angah marah dia pakai baju angah?" "semalam dia dah pakai baju tido angah.. mana boleh dia pakai lagi" lorrrr berkira pulak dah. Kalau pakai sekali kena balas balik sekali ajelah... tak bleh 2 kali. (selalunya pakaikan baju tido sepasang, dah kain bertimbun tak berlipat.. mana nak jumpa pasangannya).

Haiii pening jaga dorang satu hari. Kalau seminggu, bleh slim balik aku... tu pun ada permintaan suh cuti lagi... mmmmm

No comments: