Monday, July 26

~ Sabtu & Ahad yang padat ~

~ Sabtu ~

pagi sabtu seperti biasa menguruskan urusan rumahtangga. menyental baju sekolah, mesin kain, membersihkan kipas angin, sapu dan mop lantai. jam 1.30pm keluar mencari teksi menuju ke sogo. sepatutnya waktu tu aku dah sampai di sana sebagaimana perjanjian. rupanya ceekyn juga terlewat.

kami makan dan menyembang sakan di fish & chip, sogo. kali terakhir aku jumpa ceekyn 6/7 tahun lepas waktu dia datang ke kenduri kawin tak jauh dari kediamanku. aku ngan dia berkawan sejak 12 tahun yang lalu sejak zaman bujangku lagi. persahabatan kami terus terjalin walau aku dah beranak pinak. ceekyn yang sebaya denganku masih terus membujang sehingga kini. belum ada jodoh agaknya. dia kelihatan kurus sikit lepas diet 3 bulan tak menjamah nasi. dia masih seperti dahulu becok berkata2. aku menyenanginya, sejak dulu hingga kini dia tidak pernah menyakitkan hatiku. kami saling bertolak ansur dalam banyak hal. malah aku sering menyakat dia sebagai maduku.

balik jumpa ceekyn aku & bpren gi ke pameran Laman di tasik perdana. penatnya kaki berjalan nak melawat dari satu tapak ke satu tapak. itu pun gerai jualan tak habisku singgahi. anjung rumah di tapak terengganu begitu menarik minatku. dihasilkan dari kayu cengal sementara bumbungnya dari tanah liat. bumbungnya sahaja berusia 50 tahun yang diambil dari sebuah rumah lama. keseluruhan kos untuk laman terenganu ini sahaja bernilai setengah juta. dengar ceritanya sudah ada pembeli yang berminat nak membeli.


~ Ahad ~

tak ke pasar sebaliknya membeli lauk di kedai sahaja. cadang nak masak tenggiri bertaucu terpaksa tukar ke kembong taucu sbb tenggiri tak de stok. balik dari kedai, sebaik ternampak mak utih dan zaini hendak keluar, angah dan acik terus meluru hendak mengikut dorang. entah kemanalah gerangan. ingatkan sekejap aje tak sangka pukul 4 baru balik. bpren dan along dah tidur, tinggal aku diburu kerisauan. sepatutnya pukul 4 dah berada di kajang tapi kami tak bergerak2 lagi.

sebaik saja dorang balik segeraku siapkan mereka. angah dah terlentok dan nak tidur keletihan. kasihan.

sampai di kajang, aku melilau mencari pot dorang. mane ni?? ramai sudah sampai rupanya. zul, langsat, mushroom, nida, tipah, salina & zar seisi keluarga. (ada nama keciciran lagi tak??) wan tak nampak kelibat, rupanya sudah pulang menjemput anaknya. selesai makan kitorang pulang ke rumah no. 2.. alahhh sekadar meninggalkan tapak dalam rumah.

on the way balik nampak nasir kat kereta. ohhh mereka sudah bersiap sedia mahu pulang rupanya. sekali lagi kitorang menyinggah sekadar nak bertanya kabar wan. hehee sempat menjamah biskut hasil nukilan kak ungku. mmm enakk!! bleh ode tuk raya nih.. tima kasih kat mush atas cenderamatanya itu.





No comments: