aduhhhh letihnyaaaa ari ni!!!
tak sangka sabtu lepas rumah kitorang disinggahi mak dan ayah sekembalinya mereka dari pahang, mengikut sepupu menghantar pengantin. bukan tak biasa menerima kejutan gitu. seperti biasa aku melayan dan menjaga makan minum mereka mengikut kemampuanku.
kalau pagi minggu biasanya aku bangkit lewat sikit. kali ni pukul 6 pagi dah bangkit menyediakan sarapan tuk dorang. orang tuaku biasa makan pagi2 lepas sembahyang subuh. menu nasi goreng ikan senangin, sambal dan cekodok udang kering beserta milo panas sudah cukup mengembirakan mereka.
pukul 9.30 lepas bfast aku, bpren dan angah pergi ke pasar pj membeli barangan basah untuk stok hari ini. mak ayah along dan acik diexpot ke rumah kakak. tak pasti mak ayah nak makan di rumahku atau rumah kakakku.
balik pasar, sampai rumah dalam pukul 11 pagi. tak terus masak sebaliknya lepak2 dulu baca suratkabar dan menonton siaran ulangan konsert AF di channel 15. lauk pauk yang dibeli tadi masih dalam bakul tak bergerak ke peti ais atau ke sinki.
dalam kol 11.30 gitu, mak ayah dan acik tetiba terpacul depan pintu. hehee macam tau2 aje kitorang dah sampai rumah. ishhh kena masak segera ni sbb ayah jenis makan tengahari kol 12.30. ku suruh ayah ulang makan bfast tadi supaya dia tak kelaparan menunggu makan tengahari dihidangkan. menu tengahari biasa aje siakap masam manis, kari ayam kampung, sambal sotong dan sayur2an. ayah mengemari kari berbanding masak lemak lain.
lepas makan, masing2 mengambil kesempatan melelapkan mata. bangkit tidur aku memikirkan menu apa pulak petang ni. nak masak bubur kena pakai santan. tadi dah makan kari bersantan takkan petang pun nak santan lagi. last2 ku potong nenas lebihan masam manis bersama petisnya dan beberapa biji buah mangga.
dalam pukul 6 sewaktu hendak melangkah keluar menghantar mak ayah ke kedai kakak, tiba2 mendapat panggilan. sesepupu bpren nak datang seisi keluarga. "datang malam buleh tak?? kitorang dah nak keluar ni"
kakak belum datang kedai lagi, yang ada hanyalah abang ipar. jadi kitorang ambil keputusan membawa mak ayah ronda2 sekitar pj dan makan malam waktu petang di bangsar, kedai mamak restoran pelita. bagi memenuhi permintaan abang ipar, mak ayah di hantar kekedai semula.
sampai rumah dalam kol 8, bergegas nak sembahyang magrib dan menyediakan juadah ringan untuk tetamu. mmm brape ramai ekkk?? tadi kata ramai... 8.30 mlm tetamu sampai. aikkk!! kata ramai nape 3 orang aje?? rupanya yang lain dah dihantar balik. nasib baik tetamu sampai baru digorengkan mee. tak delah membazir.
dorang berangkat pulang jam 10.30mlm. tugasan seterusnya mengemas pinggan mangkuk. adusss letihnya!!
kalau mak ayah ada di rumah aku lebih suka melakukan sendiri semua tugasan termasuk mencuci pinggan mangkuk.
Monday, August 9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment