~ along sakit mata ~
on the way nak ke paroi, along dah stat bising mata dia pedih. ingatkan dia saje nak cari pasal maklumlah malam tadi entah pukul berapa dia dah terjaga. on lampu on ke dua2 tv pastu main bola. aku tak bleh tidur lena dengan gelagatnya. off lampu dia on kan balik off tv dia on kan balik... arrrghhhh!!
dalam pukul 5 gitu acik pulak bangkit. dorang ni kalau cuti sekolah mesti bangkit awal kalau tidak tu bukan main liat nak suruh bangun pagi.
dah la nak mencari rumah pengantin sesat2 along pulak bising. tiba di rumah pengantin along nak tidur, mata tak boleh buka katanya.. sakit kut. aku dah risau. lepas makan dan jumpa pengantin sekejap kitorang bergegas mencari klinik terdekat. kebanyakan klinik tutup hari minggu begini.
nasib baik terjumpa satu klinik 24jam. panel ING pulak tu selamat duitku. dr beri ubat titis, ubat sapu sekeliling mata dan ubat minum. aku dah membayangkan yang bukan2 kalau apa2 terjadi pada matanya.
tiba di rumah aku terpaksa memimpin along. dia tak mahu buka mata dan tak mahu terkena cahaya.. lepas titiskan ubat dia sambung tidur lagi. kejutkan mandi pun dia tak mahu sebaliknya menekup mukanya dengan bantal.
acik kata mata dia pun dah mula sakit. mmm berjangkit ler tu. sebelum tidur ku letakkan uncang teh di mata dan titiskan ubat along.
subuh tadi along bangkit awal lagi. dah puas tidur agaknya. siap serkup muka takut terkena cahaya lampu.
Monday, August 23
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment