letih betul melayan karenah rakyat jelata minggu ni. memasing ngan peel tersendiri. minggu ni adalah minggu along dan acik. angah sedikit low profile. along semakin kuat menyakat adik2nya. acik plak kerap membuat kesalahan yang mengakibatkan dia kena marah.
tengahari sabtu ku benarkan mereka balik ke rumah sekejap sebelum aku keluar lagi. ada masanya dorang tau kehadiran dorang unwanted walaupun di rumah sendiri. jadi masing2 berebut mahu mengambil hatiku. suruhlah apa saja pasti dibuatnya. sempatku suruh along mengapur kasut sekolahnya. tak tau adik2nya dalam bilik buat apa.. bila ku jengok... tergamam seketika.. rupa2nya dorang tengah memunggah bajuku dalam almari.. makkk aiiii angin kejap menengok longgokan baju2 bersepah. bila suruh kemas masing2 menuding jadi.. acik kata angah buat dulu.. angah kata acik dulu.. bila aku dah menjerit kelam kabut kedua2nya mengemaskan balik.
pagi ahad sebelum pergi rumah kakak kayan di gombak sempena majlis bercukur, aku sempat mengoreng nasik untuk sarapan. entah sebab apa acik merajuk tak mahu makan. mengamuk bpren suruh dia makan. lepas majlis bercukur, perempuan dewasa dapat bunga telur sementara yang lain dapat gula2. yangku dapat ku beri pada angah dan untuk acik terpaksa minta lagi satu. tak sangka along pun mahu bunga telur juga. lorr takkan nak masuk dalam nak mintak lagi satu... along merajuk tak mahu makan. biarlah dia ngan rajuknya dah tak kuasa nak melayan sorang2 merajuk.
petang, nak joging konon. lepas mandi masing2 nak makan nasi goreng pagi tadi. tentulah lapar tadi dirumah kenduri tak mahu makan. nasib baik ada banyak lagi. along minta di gorengkan ayam. menunggu dorang selesai makan tak sedar jam dah menjejaki 6 lebih. nak joging kebenda dah lewat begini. lagi sekali dorang pakat merajuk. tak de la joging tapi sekadar membawa dorang main di taman mainan tasik perdana dan melawat bekas tapak Laman baru2 ni.
Monday, August 2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment