Wednesday, August 11

semalam aku balik awal sharp 5.30 terus cau sementelaah bpren balik lewat.

sesampai terus mengemas rumah, menyapu dan mengemop. kain baju yang bertimbun, membukit dan menggunung tak berlipatku biarkan saja. ada masa nanti baru dikerjakan. bila perut rasa lapar baru digoreng mee. sekitar jam 8 rakyat balik membawa kawan; zaki dan zakiah, anak buah mak utih.

dah beberapa hari dorang tak de sesi membaca/buat homework denganku disebabkan kebzan melayan atuk neneknya. along pasang game player di tv depan sementara angah pasang cd dalam bilik untuk kawan masing2. rumah kembali berselerak. anginku datang balik, penat2 aku berkemas dorang balik terus menyepah eeeee

acik kata dia ada homework. alongku kerah membaca buku denganku. acik nak buat homework depan tv sambil memerhatikan zaki main game. kalau mata asik ke tv bila nak siap homework. segeraku arahkan acik buat homework depanku. dengan sedu sedan kena marah acik menurut arahan. acik mewarna katak jadi kuning dan purple. aku tak kisah asalkan kerjarumahnya siap. barangkali itu imaginasinya. angah menyiapkan kerjanya dengan pantas, lepas tu membaca buku cahayaku 2. angah sudah boleh membaca.

sekejap2 zaki menjerit minta along membantu gamenya. aku tak benarkan along membantu kerana aku mahu along menyudahkan bacaannya. nasib baik tak lama lepas tu mak zaki datang menjemput anak2nya. kami bersembang ala kadar aje sebab tak mahu pembacaan anak2ku terganggu. tak sampai hati pulak nak menyuruh bebudak kecik tu balik.

ku akui, aku agak tegas malam tadi. aku tak mahu anak2 mengambil mudah arahanku sementelaah abahnya tiada dirumah. namun ketegasanku berakhir bila tugasku selesai. aku hanya mahu anak2 mematuhi dan menghormati bukan kerana takutkan aku. malam tadi along dan angah tidur berbantal lenganku. acik..?? tak muat. kena tidur tempat lain.


No comments: