Tuesday, October 26

~ berbuka semalam ~

semalam pergi ke majlis berbuka puasa anjuran MB di Dewan Kristal, PJ Hilton. sebelum tu dah ngecek2 dengan corporate comm nak bawa anak seorang. dorang kata tak boleh. aku sanggup bayar bahagian along kalau company tak de peruntukan untuk anak2. dorang kata bukan pasal peruntukan tapi apa kata staff lain kalau tiba2 aku sorang bawa anak.

kasihan along terpaksa berbuka dengan mak utih. jenuh memujuk dia.

tiba di dewan, aku tergamam seketika. betul ker ni majlis kitorang atau aku dah tersalah masuk padahal yang menyambut tadi Ringgo, Corp Comm Manager. tak mungkin! tak mungkin! aku berpatah balik mahukan pengesahan. "iye.. inilah biliknya. masuklah". apasal ramai yang aku tak kenal dah tu ramai juga yang bawa anak.

dikala kekeliruan, sue dan kak rofi melambai2 dikejauhan ajak duduk semeja bersebelahan tempat makan.

"siapa yang ramai2 ni, bawa anak pulak tu?" tanyaku ingin kepastian.
"org2 TNB" entah siapa yang menjawab aku tak perasan. tiba2 aku teringat, memang tiap2 tahun ada majlis berasingan untuk tetamu corporate yang ingin membawa keluarga berbuka. ada yang menyelitkan orang gaji datang bersama. hai macam2 dia orang ni...

apa yang pasti, makanan dan suasana berbuka semalam lebih meriah berbanding majlis berbuka puasa bersama corporate client yang diadakan di Kuala Lumpur Hilton minggu lepas.

jom jengok ke blog baru azwa

No comments: