Monday, February 14

~ Cuti2 malaysia ~

Rabu

Bertolak ke bukit merah lebih kurang pukul 10.00 pagi. Awal perjalanan keadaan lalu lintas nampak teratur dan tidak jem. Agaknya orang ramai sudah mula bercuti sementelaah cuti panjang tahun baru cina, cuti awal muharram dan cuti hujung minggu.

Baru beberapa kilometer perjalanan, terdengar bunyi gegaran dibelakang kereta. Oppsss!!! Bunyii apa itu?? Bila diperiksa ala kadar... hose asap ok.. bonet elok bertutup.. mmm bunyi apa yer?? hari selasa sebelum tu bpren ada berurusan dengan pomen untuk urusan tukar tayar dan tukar brek dari bengkel yang berlainan. Agaknya salah satu dari tu kut...

Setiap kali perjalanan bersama anak2 aku kena duduk belakang menemani rakyat jelataku. Aku mula rasa tak selesa kerana bunyi2an tu datangnya dari belakang atau sekitar bonet sebelah kanan. Betul2 macam bunyi enjin motorbot.

Kami check in di Rumbia Apartment, bukit merah lake town resort sekitar pukul 3.30 petang setelah mengharungi jem dibeberapa tempat. Sudah menjadi kegemaran tugas pertamaku menyusun atur perabut di dalam bilik supaya nampak luas dan ada ruang anak2 bermain. 2 katil single bed ku rapatkan ke sebelah dinding pembahagi antara katil dan sofa bed. Meja sofa diselitkan sebelah sofabed. 2 kerusi makan bersama mejanya dirapatkan sedikit ke ruang dapur.

Petang – bebudak mandi di swimming pool
Malam – makan malam di hawker bukit merah. Makan pakai kopon yang dibeli dikaunter.

Khamis
Bfast di cafe menggunakan voucer untuk dewasa. Kanak2 kena bayar RM13 satu kepala. Mahalnya. Pengalamanku ditempat lain kalau dewasa menggunakan voucer, kanak2 dikenakan bayar murah sikit daripada tu. 3 kanak2 sudah RM39. makanan kalau enak tak per le juga... kira tak berbaloi bayar mahal.

Nak masuk ke water park bayarannya pun mahal. Kami mengambil keputusan nak masuk ke eco park sahaja memandangkan kami kena check out pukul 12 tengahari nanti. Tentu rushing kalau nak masuk banyak tempat. Hajat di hati nak berjumpa dengan nis dan ady tidak kesampaian nampak gayanya sekadar memberitahu aku sudah selamat berada di sana. Hendak set awal2 takut ada aral yang melintang lebih baik di set kalau ada kesempatan.

Check out 12.30pm. selepas memunggah barangan ke dalam kereta kami mengambil keputusan kembali semua ke tempat utama bukit merah untuk membeli barangan dan makan tengahari menaiki bas shuttle yang disediakan. Along komplin beberapa tempat di sana banyak lalat.

~ on the way balik ~

aku dan sekalian rakyat jelata sedang enak tidur tiba2 terdengar dentuman kuat dari belakang. Aku terjaga begitu juga yang lainnya. Ku sangka bpren terlanggat bumper. Ishhh mana ada bumper ditengah hiway begini. Bpren kata ada orang langgar kita. Haaaa!!! Aku sedikit gabra… bpren keluar dan menjengok keadaan kereta juga org yang melanggar kereta.

Sebuah motosikal kapcai tergolek ditepi hiway. 2 anak muda datang mendekati bpren. Salah seorang memangku tangannya. Ku lihat bpren cool aje sebaliknya anak muda tu yang marah2. ishhh dia yang langgar kita dia plak yang marah2!! Angin aje aku melihatkan keadaan itu. Dia mendail beberapa no di hpnya sambil menyatakan dia kemalangan. Yang tak sedap didengar tu dia mencarut2 bila gagal menghubungi beberapa rakannya yang lain. Rakannya yang sorang tu senyap tak berkata apa2.

Kabarnya handle patah dan motornya langsung tak boleh jalan. Dia juga mengadu sebelah tangan patah. Ada ker dia menuntut ganti rugi atas kerosakan teruk motorsikal dan kecederaan yang dialaminya. Habis tu kereta kitorang kemek sape pulak nak ganti rugi??? Nasib baik pertengkaran tak berapa sengih. Ku lihat bpren lebih banyak mendiamkan diri dan hanya sesekali menjawab. Aku yang memasang telinga dari dalam kereta mula terasa angin kus2. angin aje aku dengar orang langgar kita dia pulak yang nuntut ganti rugi rasa nak menjawab aje.

Geram dengan tuntutan yang bukan2 aku sound bpren suruh report kejadian ni pada polis. Serta merta budak tu ketakutan minta belas kasihan supaya jangan direpotkan. Berkali2 dia minta dikasihani.

Demi tak mahu mengusutkan keadaan lepas mengambil no plate motor dan memberi sedikit duit ubat kami berangkat. Itu pun merungut... sikit sangat... tak cukup nak cover perubatan. Bpren kata pergi ajelah ke hospital ipoh, dia boleh dapatkan rawatan di sana dengan kos yang murah. Sudah bagi mau bising pulak.

Yang sebenarnya aku takut, kalau geng2 dia datang entah2 jadi kes lain. Silap haribulan ada plak yang kena hantam. Dalam keadaan sekarang kena berhati2 dengan sebarang kemungkinan. Sudah banyak di baca dalam akhbar2 tentang kes samseng.

Tadi bunyi kereta tak berapa kuat sekarang dah bertambah kuat. Dah macam bunyi enjin kapalterbang lebih2 lagi di atas hiway simen.

No comments: