Monday, March 21

arrrghhhhh....

minggu lepas kerja sehari aje iaitu hari khamis. hari jumaat cuti lagi. kononnya nak cover masa yang sepatutnya dihabiskan dengan rakyat jelata.

sebenarnya aku rasa serba salah nak bercuti hari jumaat tu memandangkan ada beberapa perkara belum selesai di opis. bos pun cuti tapi masih datang kerja sebab nak sediakan report untuk miting di site office esok (selasa).

cuti sekolah yang lepas kitorang balik pasir mas 3 hari 2 malam. (macam pekej percutian pulak...) balik sana hari sabtu, hari isnin dah terkejar2 balik kl. dah lama tak berkumpul seisi keluarga begitu dimana adik ipar dan abang ipar bersama keluarga masing2 ada sekali.

sekembalinya di klpetang selasa dan rabu aku tiada di rumah kerana ada urusan diluar. habis tu bila nak bersama rakyatku?? maka mahu tak mahu aku berjanji untuk bersama mereka hari jumaat.

sabtu, aku mengemas rumah sendirian. bpren kerja. rakyat mengikut zaini, adik mak utih ke kolam mandi.

ahad, pagi ke pasar pj tapi makan tengahari di rumah adik ipar di klang.. hahaa acinya!!!

MAKA!!! hari ini aku pergi kerja dengan perasaan malassss yang teramat sangat... Makkkk!!!!!! tolongggggggggggggggg

No comments: