Monday, June 27

bila larut malam...

sangkaku bila sikembar sudah besar masalah kurang tidurku akan selesai.

kalau masa kecilnya aku kerap bangkit malam bila dorang mahu menyusu, membuang air besar, tukar pampers dan pelbagai karenah lain. bertahun2 lamanya aku menghadapi keadaan itu. sudah besar dan dah sekolah lain pula perangai masing2.

awal2 dulu mahu aku tidurkan mereka. sanggup menunggu hingga aku selesai melakukan kerja2 rumah. sekarang mereka tidur awal. iyelah!! keletihan balik dari sekolah lepas tu ke sekolah agama lepas tu pergi mengaji atau tuisyen. mana ada banyak masa nak bermain2. pukul 9.30pm atau pukul 10.00pm sudah sebok cari bantal.

tengah malam, bila menyedari tidur sendirian di katil ada yang akan bangkit mencari umi. kacau daun betul laaaa. tak boleh tengok umi dan abah dia berdua2an sikit. selalunya samada along dan angah yang buat hal. bila tengok aku tidur dengan along, angah mengamuk kata aku tak sayang dia. kalau aku tidur dengan angah, along pula beriya2 ajak temankan dia tidur. kerap kali juga suaraku memecah kesunyian malam bila meleraikan keduanya bergaduh menuntut hak.. konon!!!

bpren 'tidur mati' hanya terjaga bila menjelang pagi. apa yang berlaku malam2 dia tak tahu dan kadang buat2 tak tahu sebab malas nak melayan karenah rakyatnya.

sampai bila agaknya dorang ni nak tidur berkepit2 dengan uminya. rimas aku.

No comments: