tengahari ni tengahari yang mendebarkan dan merisaukanku. apa taknya, tiba2 bf call dari rumah utih mengatakan along ke mid valley dengan kawan.
haaa!! macam mana boleh pergi sendiri ni? kawan mana plak yang berani ajak datang sendirian nih? memang sah nak kena budak ni. aku tika tu baru saja melabuhkan diri dikerusi kesayangan di opis selepas window shopping. penat meronda belum reda dah kena meronda mencari along yang entah dimana waktu tu.
banyak tempatku redah sambil mata melilau memerhati. panggung wayang, tempat game, tempat bowling, tempat makan, tempat mainan pastu turun naik eskelator.
kejap2 talipon rumah utih tanya perkembangan terkini. balik dari sembahyang jumaat, bf kata nak cari dilaluan balik sekolah dan disekitar sekolah mana tahu boleh terserempak.
hatiku kian berdebar2. macam2 terbayang digambaran. semuanya yang buruk2 belaka. dulu pernah juga begini, rupanya dek leka bermain di kawasan sekolah dia tertinggal bas. terpaksa balik jalan kaki bersama kawan2. nak naik bas duit belanja dah habis. kalau sendirian bagaimana agaknya. eeee seriau aku. walaupun dah darjah 4 dia belum diberi kebebasan naik bas awam sesuka hati walaupun pulang dari sekolah.
tak berapa lama lepas bf keluar dari rumah, dia talifon aku memaklumkan along dah berjaya ditemui. rupa2nya dia mengikuti kelas bahasa tamil sebagai bahasa tambahan yang diadakan di sekolahnya. dah lama dia nak ikut kelas tu tapi bf tak benarkan. dan hari ini, selepas beberapa kali dipujuk cikgu dia masuk juga cumanya tak sempat nak beritahu keluarga.
Friday, September 9
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment