Monday, September 26

tak sihat & cerita di Bali

tiba2 subuh tadi rasa sejuk. sangkaku hujan malam tadi. rupanya badanku yang tak sehat. kalau ikutkan mahu saja sambung tidur lagi tapi mengenangkan minggu lepas dah bercuti beberapa hari, aku kena jenguk opis dan setelkan beberapa perkara.

macam mana Bali?

Bali memang sebuah pulau yang memiliki pantai yang indah. aku kira bali agak bersih walaupun anjing dimerata2 tempat. seperti yang kita sedia maklum orang2 bali sebijik macam kita melayu cumanya mereka beragama hindu. hindu bali dan hindu india berbeza dari segi budaya dan istiadat. patung2 yang dibina lebih kepada watak wayang kulit.

mat salih bersepah2 mcm negara tu diaorang yang punya. papan tanda bab* guling terpampang besar dan jelas beserta gambar sekali. bab makanan halal dorang memang tak prihatin sangat. jangan terkejut kalau kuali bekas goreng sosej pork akan digunakan mengoreng telur mata kerbau.

masa tukar duit di kl nilai rupia adalah 1 juta RP = $382. di airport denpasar aku tukar lagi, nilai dah bertambah menjadi 1 juta RP = $400. aku tak banyak shopping sbb bpren tak mahu mengangkut banyak beg. aku byk berbelanja untuk urutan di hotel dan makan tengahari di hari terakhir (last day - lunch sendiri). kami makan digerai seafood di Jimbara yang terletak di tepi pantai. menariknya oder ikan dapat sayur goreng dan buah2 pencuci mulut tp harga lebih kurang malaysia juga. pekej ikan kerapu 2 orang makan lebihkurang RM40. kami 5 beranak harganya RP350.000 bersamaan RM140.

kesimpulannya:
Bali memang cantik tp kena berhati2 dengan makanan.
tempat makan yang direkomen adalah natrabu (dulu ada kat gate 5 kl sentral, sekarang dah tutup) dan rest. sunda.


gambar??

tunggu yer.. pc belakang kong lagi. aku juga mengharapkan teman2 setrip mengemail gambar2 lain memandangkan bateri kameraku habis di hari ke 2.

lain2

1) persekitaran yang berbeza
2) jam di bali sama ngan malaysia tp waktu dia awal 1 jam
3) pantai dan laut di Tanah Lot memang cantik.
4) bot mati enjin beberapa kali masa nak ke Pulau Penyu
5) bekas gunung berapi dah jadi tasik (ibunya) dan anaknya (masih aktif lagi)
6) diserbu sekalian paparazi, mamarazi dan anak2razi untuk barang dagangan di Kintamani (kawasan gunung berapi)
7) on the way ke Tanah Lot, di kiri kanan pemandangan cantik dengan padi bukit
8) persediaan majlis perkahwinan orang bali (tak singgah; lalu sahaja)
9) toyota innova jadi taruna, kembara dan beberapa kereta tempatan kita dah bertukar jadi nama lain

No comments: