baru kejap tadi jumpa adik ngan ayang di jj mid valley. alhamdulillah adik dah dapat kerja. tadi interbiu esok dah mula kerja. rezeki ramadhan dan syawal yg menjelang tiba agaknya. lepas ni bleh belanja kak long lunch plak yer hehee. reben pintal ode ngan ucuk dah pun sampai. teman2 opis yang ode. maruku dalam perjalanan dari hq ke sini. aku minta papa ed ambilkan dari kak rupi. rempeyek akan dihantar lusa atau jumaat. tokeh@ org tengah sedang mc; sakit mata. kalau tengok macam2 cabang bisnes diusahakan tapi semuanya kerana mahu membantu teman2. tak de amik untung walau sesen pun. kalau ada yang sudi memberi kerana membantu menjual alhamdulillah syukur.
baju raya, aku tak tahu apa kabar berita. harap2 siap sekurang2nya 31hb ni. 1 & 2hb aku masih ada kat kl lagi. baju melayu along kena beli tahun ni. baju tahun lepas dah tak muat. memang beli besar sikit tapi badan dia sekarang ni lagi besar dari baju. nak tak nak kena jugalah beli yang baru.
kebelakangan ni agak kebzan sikit. kad2 raya masih dihantar walau raya minggu depan. kedua2 raya; deepavali & raya. urusan hamper, alhamdulillah bahagianku tiada masalah. semua dah selamat diterima penerima barangkali.
hari ni hari ke 2 terakhir bos datang opis secara fizikalnya. lepas ni dia akan bercuti panjang sebelum persaraan menjelang tiba. tadi berbincang dengan charan dan poh ching, tentang urusan farewell party untuk bos. aku belum memakumkan staff deptku lagi tentang rancangan kami. aku mahu mereka tahu dan sama2 menyumbang idea. farewell retirement kena buat sbb bukan selalu orang bersara. aku tahu lepas ni bos bukan duduk goyang kaki di rumah makan duit saraan sebaliknya berkongsi membangunkan perniagaan dengan kawannya.
selain bos yang akan bersara, seorang lagi temanku tidak disambung kontrak dengan syarikat pengurusannya di sini sementara seorang teman rapatku akan menamatkan perkhidmatan atas sebab2 peribadi. walaupun aku tidak dimaklumkan secara terus oleh empunya diri, seorang teman lain telah memaklumkan agar bersedia dengan berita ini.
Tuesday, October 25
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
melor
selepas bos bersara masih kekal kat sana jugak ke.. menunggu bos baru masuk.. atau pindah lagi ke tempat lama?
kitaorang kekal kat sini sampai projek siap. samada dapat bos baru atau yg ada dinaikkan pangkat, tak tahulah. tak siapa dpt menjawab.
poh ching ada lagi ke? still dgn AJY ye?
poh ching ada lagi ke? still dgn AJY ye?
juita, dia setia bersama AJ hehee
wooooo cepat wooooo apdet pasal detingg
Post a Comment