Monday, December 5

aktiviti hujung minggu...

oooo uda ngan ayang jjcm sabtu lepas yer!!! seronoknya orang dapat AP. sesekali berjalan ngan geng bes juga kan.

hari sabtu aku buat house keeping agak lewat. belum habis mengemas bf call ajak beli barang dapur di tmc bangsar. ok juga tu kebetulan barang dapur dah kehabisan.

pagi ahad kami ke sekolah dyslexia titiwangsa untuk jogathon dan pelbagai acara lain. kami sampai jam 9 pagi. saja register walaupun peserta kategori dewasa ada yang dah sampai ke garisan penamat. bising along sbb tak mahu kalah berlumba. masing2 menyalahkan aku penyebab lewat keluar rumah. yang sebenarnya aku pun tak tahu acara bermula pukul berapa. bf yang ulang alik hantar along ke sekolah tak pula bertanya ke cikgu. tak pelah. anggap ajelah kitorang berjoging dihujung minggu. ada juga peserta lagi lewat dari kami yang dikenali melalui tali pengikat tangan bewarna kuning ditangannya. ingatkan kitorang paling lewat, rupanya ada lagi yang paling lewat. sempat tengok orang pasang muzik sambil beraerobik di tepi tasik. bes juga. lepas ni boleh datang selalu.

habis pusingan seround kami ambil keputusan balik ke sekolah untuk acara seterusnya. aktiviti untuk downsindrom di adakan di tepi tasik sementara dyslexia di halaman sekolah. beberapa aktiviti berbayar disertai along 3 beradik. angah paling banyak dapat hadiah. masing2 berusaha mendapatkan hadiah yang sama besar. persaingan yang sehat.. ok ler tu. majlis dirasmikan oleh ketua DBKL. tak pasti namanya.

melihat deretan kereta di luar pagar sekolah nampaknya para pelajar di sekolah ini terdiri dari anak pelbagai peringkat pendidikan.

tengahari kami ke kenduri kawin dan petangnya open house last kopek.

paling bes, aku dapat tidur lama hehee

1 comment:

atie said...

Padat gak aktiviti hujung minggu u. Joging? Aerobik? Haaa.....nak start diet ya....hehehe