Thursday, February 2

seminggu sudah berlalu...

sabtu 28/1/06

macam2 aktiviti luar darjah. servis tayar dll. entah mbb bermasalah, tak pasti. 3 atau 4 atm pergi nak draw duit tak berjaya.

ahad 29/1/06

10.30am berangkat dari kl ke pasir mas melalui gua musang.
7.00pm sampai pasir mas setelah berhenti rehat di beberapa tempat di sepanjang perjalanan. mak mertua tiada di rumah sbb menolong kaum kerabat nak buat kenduri kawin esok.

isnin 30/1/06

pagi2 ke pasar. bukan beli lauk tapi cari pakaian untuk ke kenduri. inilah masalahnya kalau nak ke majlis tapi tak bawa baju yang sesuai. kami pun tak tahu ada kenduri kendara di kg yang perlu dihadiri. sebelum tu pekena sup ala2 siam yang enak di pasar.

1.00pm

ke rumah kenduri kawin dan singgah sekejap ke rumah nenek bf. pengantin masih di masjid untuk akad nikah.

Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket
majlis kenduri kawin yang simple. berbaju dan berkupiah putih tu ayah mertuaku.

selasa

lepas bfast kami anak beranak2 jalan2 ke pantai bachok. pantainya nampak tenang dan aman damai tanpa disangka sehari selepas tu ada kematian 3 beranak di sana akibat lemas.


Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket
tengah tunggu keropok lekor dan ikan bersalut tepung.

4.30pm

ke pangkalan kubur pulak. kali ni rakyat tak ikut. mak mertua dan adik ipar nak join shopping. tak ingat bila kali terakhir aku ke sana. tak de memborong pun. sekadar membeli barang keperluan aje. sebelum balik kitorang pekena sup perut yang enak dan adik ipar belanja somtam (ala2 kerabu - mangga, betik, kangkung... slurppp besssss).

Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket

rabu

10.30am balik kl. 12 jam perjalanan + beberapa kali berhenti rehat.

khamis

aku lepak sepanjang hari sbb kepenatan.

4 comments:

zino said...

tak jumpa along ke kat kota baru hehe.. along pun ada expedisi di sana.. sampai senin..

melor said...

iye? kalau tau dia dtg sana bleh ajak dtg rumah hehee

zino said...

along ke sana ada jemputan kawen kawan dia..

Zareda Norman said...

oh balik kelate ek...