Wednesday, February 25

ayakkkk!! kat luar mendung lagi... dua tiga hari ni kerap hujan petang.. tak pelah.. hujan tu membawa rahmat yer tak? tak hujan kang kering kontang plak bumi kita ni...

itu bukan topik utama nak tulih sebenarnya...

tadi keluar jjcm jam 11.30am ngan zura. saje keluar awal sementelaah semua bos gi miting.. opis sebelah sana plak line tipon kena potong sbb belum bayar.. hehee pc zura pulak kong.. inilah masa inilah ketika ambil kesempatan keluar opis teramat awal..

haluannya tak lain dan tak bukan window shop ler.. byk butik baju kat sini rupanya. aku jeles ngan asli. ari tu masa temankan dia soping kat Ms Reed pelbagai pilihan berseswaian saiznya ada di sana. cantik2 plak tu.. nape ler susah sangat nak carik yang berseswaian yang badan dan seleraku.. jangan suh jahit sendiri yer..!!

keluar masuk keluar masuk.. ada ler selai dua yang aku berkenan. haiii napelah aku pakai baju kurung ari ni kan susah nak try test.. kalu gitu tunggu ajelah jumaat nanti..

esok aku plan nak jjcm ngan asli. ari ni koling2 ke opis tak berangkat ler pulak ingatkan dia pegi AGM tadi. malas pulak nak call hp. minah tu letak silent, entah brape abad baru dapat panggilan dia nanti. habis camne nak set appointment besok? ishhh tak bleh jadi nih... kalu ditakdirkan aku jalan sorang besok, sogo ajelah haluanku sementelaah lama dah tak ke sana sejak pindah ke sini. takat sogo tu aku berani lagi jalan sorang2.. sape nak ikut meh ler!! part2 bayar tu korang bayar sendiri lah ekkk..

No comments: