Friday, September 17

ari ni 2 kali pergi Jaya Jusco. pagi tadi dan tengahari. pagi pergi cari hadiah kawin siti elyna, tengahari pula jalan sensorang2. seperti aku selalu sebut, jalan sorang ni seronok. berjalan mengikut langkah kaki.

memula makan McChicken di McDonel pastu terus ke kamdar. dalam pada tak de pilihan menarik tu pun terbeli 3 pasang kain. yang satu tu untuk baju kurung raya anak dara. aku jarang beli kain tu sebab baju kurung tak banyak.

sebelum tu ada cadangan nak urut kaki kat tingkat 2. sampai di MAB tukang urut tak ramai jadi kena tunggu giliran. aku malas nak tunggu dan terus masuk semula ke JJ di bahagian perkakasan rumah. nak pergi petang ni bos pula ada dalam bilik tak bergerak2.

sebenarnya aku dapat voucer RM70 dari JJ. tengah survey nak amik barang apa. kalau boleh nak barang keperluan rumah. voucer sogo hari tu aku amik cadar yang elok. dengan diskaun yang ada aku hanya tambah beberapa ringgit sahaja lagi.

diopis aku agak free sedikit. tak de tugasan mencabar nak dilakukan. kebanyakan email hanya salinan untukku. errr keluar sekejap bleh tak bos???

No comments: