Thursday, September 16

kelakar pulak baca posting semalam yang ditaip dalam keadaan tergesa2. lintang pukang ayat.

kursus 3 hari dah tamat. apa yang aku dapat? mungkin hasilnya tidak dapat dilihat dalam masa terdekat ni. bila? seminggu dua minggu.. setahun dua tahun?? bergantung pada kemahuan diri mahu melaksanakannya. yang paling membuhsahkan.. kenapalah cititel tidak menyediakan surau.. surau kakitangan terletak nun jauh terceruk dibawah basemen yang terpaksa menempuh belakang dapur dan beberapa bahagian lain. kenapa tidak disediakan kemudahan macam menyediakan bilik air??

alhamdulillah sakit belakangku sudah beransur hilang. kerja2 dirumah ku buat ala kadar. tak mahu memaksa diri kalau sudah kepenatan dan tak mahu memudaratkan sakit belakang yang baru nak sembuh. mungkin aku memerlukan vitamin atau pemakanan tambahan selepas ini seperti dicadangkan teman2. dah tue katakan heheee. sekarang tengah membelek katelog Amway samada mahu membeli atau menjadi ahli lagi sekali.

No comments: