Monday, October 18

~ along dan puasa ~

hari pertama puasa (jumaat)

10.00am minum di sekolah lepas tu tak makan dah minum dah.
4.30pm talipon keadaan dia di rumah utih, masih mengekalkan tak makan dan minum.
6.30pm angah angkat talipon bagitahu along tengah makan.
8.00pm along mengadu sakit perut. sapu minyak panas disekitar perut dan kaki.
8.30pm along berlari ke bilik air dan terus termuntah.


hari ke 2 (sabtu)

5.00am along bangkit dan melihat2 juadah. tak mahu bersahur. perut tak selesa lagi katanya. masih mahu berpuasa.
1.00pm talipon rumah utih, along di sana. masih bertahan berpuasa.
2.30pm puasa hari ke 2 lebur.
5.00pm kitorang berangkat balik kg. along minum air dalam kereta. katanya hanya akan makan lagi di rumah neneknya.


hari ke 3 (ahad)

8.30am bersahur nasi goreng.
7.00pm (maghrib) makan. mmm ini sudah bagus.


hari ke 4 (isnin)

5.00am tak mahu bersahur.
6.30am pergi sekolah tanpa makan dan minum dan tak mahu membawa duit belanja. larat ker berpuasa tanpa bersahur??




No comments: