Monday, October 18

seronok mendengar celoteh kekawan bila berbuka dan bersahur. masing2 dengan telatah tersendiri.

kami biasanya berbuka dengan kurma dan kuih muih. aku lebih mengemari bubur nasi tak kira la bubur lambuk atau bubur ayam. nasi hanya akan dimakan selepas solat maghrib. kalau balik ke kg, kami berbuka dengan nasi sebagaimana emak dan ayah. timbul selera melihat keduanya makan.

bersahur tahun ini kami berubah tema. nasi goreng & 1 lauk tambahan. bagi bpren, serunding aje sudah cukup untuk dia. aku tak minat serunding jadi kenalah sediakan lauk untuk diri sendiri. nasi goreng yang dimasak sentiasa bertukar tema namun asasnya tetap sama ie cili api, bawang putih dan kicap cair.

balik kg semalam kami membeli beberapa jenis ikan mentah dan sotong dipasar. sebelum tu di K4 membeli kepala ikan salmon. cadangnya kalau balik awal hari ni nak masak kepala ikan, bpren pula ajak balik sama. kenalah tunggu walau hati rasa nak balik sendiri dan masak.

ahaaa!! semalam, berjaya juga membeli telur ikan idaman kalbu. tak tahu telur ikan jenis kali ni, bila dimasak dia pecah dalam periuk menyebabkan kuahnya sedikit pekat dan isinya agak kenyal bila dimakan. kebiasaannya telur2 tu akan pecah dimulut atau lebih kurang macam telur rebus tiga suku masak. untuk mengelakkan rasa hanyir, kuahnya diletakkan asam keping, hirisan belimbing (belimbing kecik2 tu.. lupa plak namanya), serai & daun kunyit.

along cukup suka makan masakan telur ikan, angah pun sama, acik hanya dapat kuah sebab dia makan lewat.

No comments: