Tuesday, October 19

~ buat hal lagi ~

mengantuk dan letih aku hari ni.. nak tau kenapa? malam tadi mereka buat hal lagi.

jam 3.30am aku terjaga bila tiba2 terdengar bunyi muzik yang begitu kuat dari bawah. kurang pasti dipasang dari radio atau dalam kereta. ku jengok ke tingkap, 5 ekor pemuda yang tak reti bahasa dan tak tahu menghormati orang sedang seronok berjoget ala pelakon terkenal mereka. salah seekor pemuda tu rasanya mabuk terhuyung hayang menari mengikut irama muzik bergema. eee meluatnya akuuu!!!

aku yang tak bleh tidur langsung terus ke dapur mengeluarkan bahan2 masakan. biarlah hari ni kami bersahur awal dari biasa daripada mata ni pejam celik pejam celik tak tentu hala. sesekali aku menjengok melihat gelagat mereka. sesekali mereka menyumpah seranah bila terkena balingan orang di tingkat atas. agaknya semua meluat dengan yang jenis tak reti bahasa ni.

sedang memasak, tiba2 muzik berhenti. ingatkan mereka sudah mengantuk dan mahu pulang. rupa2nya anggota rela datang untuk mengawasi keadaan. patutlah senyap sekejap. terdengar pula adegan cabar mencabar suruh menangkap. seketika rela berlalu, keadaan sunyi sepi.

lega rasa hati bila masalah sudah selesai. tidak lama kemudian, aku terperasan kelompok mereka semakin membesar. kali ni ada 3 ekor awek yang entah dari mana didatangkan. mereka meminum arak dan bergurau senda tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. kurang sopan sungguh!! dah la tak menghormati bulan umat islam berpuasa.

lepas menghidangkan nasi aku mengejutkan bpren dan along. angah yang sedari tadi tak tidur tumpang bz bodi dengan keadaan yang berlaku. bpren yang geram cuba menembak menggunakan pistol mainan along. mana nak sampai, pistol mainan along bukanlah sederas mana walaupun pelurunya halus2. along mencadangkan bpren membaling air dalam plastik. mereka 2 beranak membaling dari posisi yang terdekat tapi agak terlindung iaitu di tangga luar. hampir mengenai sasaran.

dalam masa yang sama anggota polis dan rela tiba sekali lagi. hahaa kali ni mereka terus cabut lari meninggalkan botol arak bersepah di merata2 tempat. tau pun takut. pondok rehat dah disalah gunakan untuk kegiatan tidak bermoral. cehhhh!!!

bpren kata, lain kali dia nak baling telur busuk... aku kata baling aje ngan air bercili. biar padan muka dorang


1 comment:

Zareda Norman said...

melor
zar dah merasa jiran cam gitu.. serikkkkk sesangat, kalau setakat panggil polis ni dah biasa sangat. Diaorg ni bukan reti nak hormat jiran, bercakap berdua riuh rendah macam bercakap 10 org