Monday, October 11

~ jumaat - rombongan cik kiah ke TAR ~

bila Aida kata mahu ke TAR masing2 mahu menjadi pengiring. Aida ada memberkad tentu dapat harga murah. untuk kawan2 tentu dapat juga.

aku dan su bertolak dari mid valley menaiki komuter sementara yang lainnya dari stesen kl sentral menaiki putra. tempat pertemuan di belakang masjid india. jauh juga kami berjalan dari stesen komuter bank negara ke sana. kami sempat singgah di semua house membeli air buat pembasah tekak diperjalanan.

kali terakhir aku ke arked beberapa tahun dulu. sudah agak lama rasanya. dengan asli dulu tu tak sampai ke belakang masjid india. cadangnya hendak survey kedai kain yang murah tapi bila tokeh kedai bagi potongan yang begitu banyak, masing2 tidak melepaskan peluang memborong beberapa helai. ada diantara kami membeli kain dari corak yang serupa.

keseronokan membeli membuatkan kami terasa mahu datang lagi. belum pegi ke Nilai 1 sudah rambang mata membuat pilihan.

pukul 3 ada miting di hq jadi aku terus ke sana, tak payah balik opis.


~ Sabtu - Avanza & MAHA ~

cadangan awal mahu membawa rakyat melihat pameran MAHA di Mines. sebelum tu rakyat dihantar ke rumah utih untuk menguruskan bfast dorang sementara aku dan bpren bfast di luar. rupanya tanpa pengetahuan kami, rakyat sudah mengikut zaini, adik mak utih ke rumah mertuanya di shah alam. biasanya lewat baru pulang. kena tukar planing nampak gayanya.

haluan seterusnya ke Toyota, Bangsar melihat model terbaru Avanza. sayangnya model kereta belum ada.

selepas makan tengahari hajat nak ke MAHA diteruskan juga. itu pun ada pilihan. kalau tak boleh nak masuk haluan seterusnya nak jengok rumah di kajang. entah bila terlelap, buka mata aje dah sampai ke parking di mines. orang punyalah ramai. paling ramai di gerai dukung. RM2 sekilo tuuu. kami hanya membeli sekilo. kami tidak sebarangan memberi anak2 makan buah dikuatiri diserang lelah lagi. sebelum pulang bpren membeli anak pokok durian dan dukung sementara aku membeli anak pokok kaduk. nak tanam dikampung konon.


~ Ahad - klang, rumah adik ipar ~

klang lagi!! hantar tupperware yang dioder adik ipar dan kawan2nya.


No comments: