Friday, October 8

~ bodek ker?? ~

awal minggu ni menerima satu email dari hq tentang sambutan harijadi COO. tentulah kena buat kutipan. mula2 dulu begitu seronok menyambutnya sekarang rasa malas lebih2 lagi bila berjauhan dari ibu pejabat. bos macam berdolak dalik tentang penyertaan. aku apatah lagi lalu mengignore email tersebut.

semalam menerima panggilan dari PA MD bertanyakan tentang jumlah kutipan. alamakkk kena buat juga nampak gayanya. masing2 merungut kenapa perlu diadakan sambutan bday untuk 2nd big bos sedangkan dia sendiri sudah kaya raya. mmmm entahlah masing2 dengan alasan tersendiri yang penting aku sudah menjalankan tugas.

sekarang musim appraisal sedang berlangsung. mungkinkah masing2 mahu membodek dengan mengadakan majlis sebegini? ada juga cadangan dikalangan setiausaha untuk mengadakan sambutan hari bos tidak lama lagi.

No comments: