Monday, November 8

lagi beberapa hari umat islam berpuasa sebelum menjelangnya syawal yang dinanti2kan. persiapan anak2 sudah selesai. pada awalnya mahu mengecat rumah memandangkan dinding rumah dah dipenuhi dengan lukisan2 indah menawan hasil nukilan anak2. bpren tak setuju, nanti kena pindah lagi. rasa nak cat sendiri aje, kita nak menyambut tetamu rumah kenalah berseri sikit. aku hanya buat apa yang termampu dek kuderatku. bab2 mengemas dan bersih membersih tu bolehlah ku lakukan sendiri.

hari ni menerima sehelai tudung dari seorang teman. terima kasih diucapkan. barangkali hadiah harijadi yang mendatang. aku belum beli tudung lagi sebenarnya. tudung2 yang ada tak dapat nak disesuaikan dengan baju sebab warnanya terlalu berlainan. bab2 tudung aku tak kisah sangat dan aku bukan jenis yang cerewet. terima kasih sekali lagi pada temanku.

hari jumaat nanti kami, staff MB kena amik cuti. company tutup kedai. opis akan dibuka semua pada hari rabu. kebanyakan staff melayu bercuti seminggu. aku stat kerja balik pada 22 nanti. bpren bekerja lagi hari sabtu, jadi kami pulang agak lewat sedikit. kakak belum tahu lagi nak balik atau tidak. dia risaukan kedai runcitnya. nampak gayanya mak bertungkus lumus sorang2 menyediakan juadah raya nanti. ayah selalunya membantu sikit2 apa yang perlu.

mak tak buat kuih beberapa tahun kebelakangan ni. selalunya kami anak2nya dan sepupu2ku membawa sorang sikit. mak dah pesan mintak dibelikan kek lapis gulung kegemarannya. duit raya mak dah di bank in awal2. biarlah dia buat persiapan seadanya dengan duit tu. baju raya mak ayah dah dibelikan beberapa bulan dulu. belum raya dah dipakai, tak sabar agaknya nak pakai baju pemberian anaknya.

kami beraya di kg halamanku sampai petang raya ke 2 sebelum pulang ke kl semua. pagi raya ke 3 berangkat pulang ke pasir mas melalui lebuhraya baru. cadangan awal mahu bermalam di terengganu semalaman sebelum meneruskan perjalanan. bpren dah booking, entah apa nama tempat tu. anak2 dah tak sabar nak mandi pantai.

dah pesan kat bpren, baraan tahun ni biarlah sepupuku habiskan, jadilah ada masa tuk kami beraya ke semua rumah saudara mara. rumah saudara mara bukannya dekat2. tak sabar mahu ke rumah Julak, abang sulung ayah yang tengah uzur sekarang ni.

No comments: