Tuesday, November 23

~ Raya ~
diam tak diam sudah 10 hari kita merayakan Idul fitri yang mulia ini. begitu cepat masa berlalu. macam mana sambutan korang?

raya pertama dan raya ke 2 sambut di kg halamanku; di Sungai Besar. petang raya ke 2 balik kl untuk haluan seterusnya.

hari pertama di pasir mas sungguh memboringkan. apa tak nya.. mak mertua dan adik ipar sekeluarga tak sehat. adik ipar sekeluarga terkena campak.

paling seronok, pak mertua sanggup mengorbankan 2 ekor ayam kg dan 2 ekor ayam hutan peliharaannya untuk santapan seisi keluarga... pertama kali aku makan ayam hutan yang enak lagi berperisa. dan yang seronok juga, 2 hari berturut2 mak mertua buatkan nasi dagang atas permintaan menantu dia ni. kitorang pulun sampai muakkk.. kat kl ni tak de dah nasi dagang yang berperisa cam mak mertua buat.

open house kat sana kebanyakannya menghidangkan laksam kelantan. kalu ada yang pernah bekerja atau belajar di luar kelantan akan terhidanglah roti jala atau hidangan lain. masa aku beraya kat PM 2 tahun dulu, hanya dihidangkan ngan tapai atau ketupat palas berinti kacang dan teh o panas aje. tak de suasana raya langsung. kalu setakat ketupat palas berinti kacang, ada banyak jual kat pasar pasir mas pada hari biasa, tak payah tunggu hari raya. dorang tak reti nak hidang air ais yang berwarna warni dan beraneka perisa.

hari ke 3 aku menjengok ke pasar PM. terpegun sekejap. bukan apa... dorang pergi pasar cam nak pegi kenduri kawen atau nak gi beraya. berbaju kurung anggun dan berhandbag. takkan semua orang pegi atau balik beraya kut??. yang pakai seluar panjang dan agak berserabai macam aku adalah beberapa kerat.

mak mertua selalu bagi tau kekawan dia, menantu dia yang sorang ni tak reti cakap kelantan. mana tau tetiba dorang nak beramah mesra ngan aku plak.. mau ada yang ternganga sampai masuk lalat nanti. kuih akok baru sekarang aku reti makan. punyalah enak, menyesal tak makan dari dulu.

No comments: