Tuesday, November 23

~ semalam hari Isnin ~

tercuti. saja amik cuti. lagi pun badan tak berapa sehat.

pagi sampai tengahari aku mengemaskan rumah. tetiba rasa nak ubah kedudukan perabot. aku buat kerja sorang2. tukar posisi sofa, tukar posisi rak tv. tolak tarik tolak tarik. tikar sesuai taruk mana haaa? pastu teringin nak menyusun kedudukan dalam bilik tidur pula. almari ngan katil tak larat nak tolak. susuh atur tempat tv jadilah.

tengahari, belum habis mengemas bpren balik bertanyakan rendangnya. esehhh belum buat laaa. nasib baik bahan2nya dah disediakan tinggal nak masak aje. nasi impit pun baru nak rebus masa tu. lantaklah sape suruh tak bagi notis awal2 nak bawak gi opis.

petang, badan tak sehat macam ni elok tidur kann. kain baju yang bertimbun ku angkut ke bilik depan sambil menonton cd puteri gunung ledang berbekalkan segelas air ribena ngan sebalang mini popia. aku tak pernah ada peluang nak duduk2 rehat sambil menonton cd dari mula sampai akhir cerita. ada aje benda nak buat.

malam, orang lain semua dah tidur. aku masih lagi dengan kerja rumah yang tak pernah berkesudahan.

No comments: