Monday, December 6

~ jumaat malam sabtu ~

6.00pm talipon kg bertanya kabar. sepupu yang angkat, dia baru pulang dari mengziarah julak (abang sulung ayah) yang sudah nazak. ayah bermalam di sana.

11.00pm terima sms dari sepupu; julak meninggal dunia. hari ni saja sudah 2x aku makan panadol disebabkan sakit kepala, kena cover tidur dulu untuk perjalanan pulang esok.

~ sabtu ~

pagi2 talipon kakak kalau dia nak join balik sama. menunggu dia bersiap, 9.30am baru bertolak.

11.00am tiba di rumah julak di pasir panjang, jenazah sudah dibawa ketanah perkuburan untuk dikebumikan. kami ke rumah anaknya dibelakang rumah arwah.

arwah julak meninggal dunia di usia 92 tahun akibat penyakit tua. alhamdulillah, ayah yang berusia 71 tahun masih sehat ketika ini cuma tidak segagah zaman mudanya.

~ ahad ~

petang ahad kami ke sg haji dorani. tempat ni dulunya pantai yang tak menarik dipandang. penuh dengan lumpur. kalau air pasang melempah sampai ke tebing. sememangnya pantai di pantai barat tidak seindah pantai di pantai timur.

keadaan sekarang sudah berbeza. sudah ada projek yang membangunkan dan mencantikkan kawasan. pot menaikkan ikan sudah diupgrade dan nampak tersusun. ada chaley, ada kelab untuk ahli (nelayan?) dan ada tempat untuk menikmati makanan segar dari laut. bila dibuka kepada umum belum tahu. tunggu perasmian dari menteri besar kut.

kebetulan petang tu ada nelayan menjual hasil tangkapan yang baru naik. kami tak lepaskan peluang memborong ketam.

Melor 
<br />Diary

~ isnin ~

melawat surita dan azizan di damansara hospital. seronokkan kalau sakit dok sebelah menyebelah dengan tersayang. errr dorang ni laki bini yang bekerja dibawah naungan MB. sorang di hq sorang lagi di mid valley; sama macam aku juga cuma berlainan bangunan.

Melor 
<br />Diary

No comments: