Friday, December 3

~ urut ~

semalam kononnya mahu mencari tukang urut kaki perempuan. bpren kata ada di batu caves. kawan dia pernah berurut di sana. malam tadi kami ke sana tapi dimaklumkan tukang urut kaki perempuan tak bertugas ari tu. kalau mahu lelaki adalah. aku tak mahu lelaki. kalau mahu perempuan juga aku dicadangkan mengurut badan. harganya sama dengan urutan kaki, satu jam RM50. mmm bolehlah! kali terakhir berurut badan lepas bersalin sikembar 6 tahun dulu. dah lama tu.

aku disuruh menukar pakaian dan berbaring di satu bilik yang disediakan. pilihan samada mahu berkatil atau tilam dilantai. muzik bergema sebagai halwa telinga. mula2 tu risau juga manalah tahu tempat ni menjalankan tugas sampingan lain. sambil berurut aku berbual dengan petugas. kedengaran perbualan rancak antara bpren dengan tukang urut lelaki di luar sana. entah apa dibualkan agaknya.

bila aku keluar dari tempat mengurut badan, proses mengurut kaki bpren hampir selesai. mereka cukup terlatih dan mahir mengesan penyakit dalaman seperti jantung, paru2, kolesterol dan sebagainya. bpren dinasihatkan mengurangkan makanan berkolesterol. beberapa nasihat dan petua diberikan.

lain kali nak cuba urut kaki pulak tapi tetap mahu tukang urut perempuan. di mid valley ni tukang urut lelaki buta adalah tapi harganya mahal sedikit. mengurut pakai sarung tangan tentulah kurang perisanya.

Melor 
<br />Diary
kaki direndam dalam air panas berisi herba.

Melor 
<br />Diary
proses akhir. jejari kaki akan ditarik, tika ini bpren menjerit kesakitan

bpren kata urutan disini tidak menyakitkan sebagaimana disatu tempat di sg buluh tapi sangat melegakan.

1 comment:

auntylela said...

melor,
kat okinawa sekarang ada peserta membuat kursus urut nama dia kak norimah, dia separuh buta. Kedainya di Jln raja laut, medan mara, Nori reflexologi.
Dia habis kursus bulan march nanti.
Cubalah dia nanti :)