Thursday, December 23

~ mesin basuh ~

lega rasanya dah ada mesin basuh ni. bayangkan 11 hari tak de mesin basuh. susahnyaaaaa!!!

mesin basuh yang ada sebelum ni baru dibeli 8 bulan lepas. tiba2 tak berfungsi pada hari nak jemput kawan2 datang beraya ke rumah. alternatif yang ada adalah basuh tangan atau hantar dobi. kalau nak hantar dobi sepanjang ketiadaan mesin mau rabak poket. kosnya bukan murah.

kain baju kotor kian menimbun. last2 aku basuh tangan. rumah flat mcm ni masalah betul nak menyidai kain. nak sidai dalam rumah kang air menitis ke lantai. sebahagian stor dah dijadikan tempat letak barang. nak tak nak kena sidai di luar rumah. tali penyidai memang dah diikat ke tiang dan ke besi tingkap. selalunya jiran2 tumpang sidai kain waktu siang. dengan kuderat yang ada aku memerah cadar dan selimut. alahaiii rasa tak terperah. macam mana la mak kita dulu2 sebelum ke ujudkan mesin basuh dan segala peralatan moden. semua kena buat sendiri.

ada sekali hantar kain2 yang dah dibasuh, minta kakak spinkan kat rumah dia. nak mengangkut tu banyak dan berat. tak terlarat bebbb!!! rumah dia plak lepas keluar lif kena menapak turun tangga.

walaupun mesin tu masih under warranty, nak panggil teknisen datang repair punyalah lembab. tertangguh beberapa kali. bila dah datang, cek punya cek dia kata kena buat repot ke kilang dulu baru tau nak actionkan macam mana.

beberapa hari lepas tu, dapat call. mesin kitorang akan diganti dengan yang baru. sebaru2nya dari kilang. tapi kena tunggu stok sampai. alahaiii!! lagi berapa hari tu??

akhirnya, tengahari semalam mesin yang baru dari model yang sama tiba jua akhirnya. seronok rasa di hati. kain yang berlambak2 tu sudah boleh dicuci.

rupanya sebarang kerosakan semasa warranty, dan bukan disebabkan gigitan tikus akan diganti dengan yang baru. - itu panasonic, model lain tak tahulah.

No comments: