Wednesday, December 22

~ along ~

sudah sebulan lebih along berada di pasir mas selepas hari raya hari tu. siapa kata tak rindu? tiap2 malam talipon dia bertanya kabar. dengar kata, dah semakin berisi. apa taknya hampir setiap waktu nak makan. nak kata along febret masakan kelantan tu tidak ler juga.

setiap pagi dia dan atuk akan mencari gerai menjual nasi lemak. di pasir mas gerai nasi berlauk ada banyaklah. sekali beli 2/3 bungkus untuk dia seorang. makan tengahari, mak uda kena masakkan sambal, kalau tak de sambal, telur goreng mata kerbau (kuning jgn pecah) makan ngan sos cili pun jadik. petang, mak uda gorengkan nugget. kalau makan banyak sampai ke malam tak makan dah.

kadang2 nenek belikan nasi berlauk.. (hidangan yang tak berapa digemari)

sebelum ni nak mintak disekolahkan kat sana. aku kata NO!! NO!! bila dengar sepupunya, Naim dah bersunat di kl dia pun sebok nak bersunat sama... tapi di sana. NO!! NO!! NO!! amboiiii!!! seronok sangat ker kat sana?? lagi pun sape nak jaga dia. anak mak uda ramai, atuk dan nenek nak jaga kedai.

hari minggu ni, pak uda nak pergi jemput anak2 dan isterinya balik ke klang sekali gus membawa along balik. saja aje menyakat dia "along nak dok sana ker? uda nak balik kl nanti" "tanak duduk sini, tak bes" hehee tau pun tak bes kalau tak de kawan. sekarang ni ramai sepupu2 tentulah seronok, nanti kalau semua dah balik sunyi sepi rumah tu.

Melor 
<br />Diary

1 comment:

Anonymous said...

cuti sekolah, semua pakat balik kampung duk dgn atok nenek sepupu sepapat hehehe.

Op