Friday, December 17

~ peristiwa di pejabat pos ~

tadi ke pejabat pos menguruskan penghantaran wang melalui telegram. pekerjaan yang jarang2ku lakukan.

mula2 beritahu nak hantar duit melalui telegram. aku diberikan borang untuk diisi, bila dah siap serahkan kembali pada kaunter. beberapa minit menunggu, aku diberi sekeping kertas kecil.

aku tenung dan membelek2 kertas tersebut "apa ni?".

"itu kiriman duit, nanti masukkan dalam envelope pastu masukkan dalam peti surat.. pos macam biasa..".

aku berkerut dahi lagi "err pos macam biasa? peti surat kat mana? tak nampak pun."

"stem dan envelop 60 sen yer.. peti surat ada diluar sana" tunjuk petugas tu.

"hehee terima kasih yer, saya tak pernah buat kerja ni jadi tak berapa tahu"

selama ni yang aku tahu hanyalah kiriman wang pos rupa2nya telegram wang pos pun ada.

2 comments:

Ewan said...

waa saya orang Asli pun tau... tak sangka orang duduk bandat x tau... heheheehhe.. Orang Asli dalam pertukaran ke ORANG BANDAR... muahahahaha

melor said...

hamba, itulah akibatnya kalau meremehkan benda yang nampak mudah. bila kena buat sendiri terkial2...