Monday, December 20

~ rumah ~

sabtu kitorang ke rumah di kajang pasang kipas syiling. upah pasangnya hanya RM15 sahaja. errr mahal ker murah yer?? rumah di pantai dalam dulu, upah pasang kipas pekej ngan lampu. rumah di kajang ni kitorang pasang sikit2. minggu lepas pasang lampu minggu depan atau lain masa nak pasang pagar pulak. tentu upahnya dikira lain pula.

ahad, kitorang pergi lagi sebab rumah di pantai dalam tak de air. susahnya hidup di kl ni kalau tak de air. setakat tak de letrik tu buleh tahan lagi kalu tak de air nak buat apa pun payah. notis pemberitahuan kata tak de air dari pukul 8.00pagi hingga 7.00 petang tapi sepanjang hari ada air pulak. sangkaku blok kami tak terlibat rupa2nya kontraktor tu beroperasi sebelah malam. stat pukul 9.00malam air dah tak de. hanya mengharapkan air setengah tong aje. parah! parah!!

pagi2 kitorang dah berangkat ke sana untuk mandi manda dan urusan lainnya. angkut tv, cd player, tikar, basikal along dan beberapa barangan lain.

suasana diwaktu pagi ok lagi sbb rumah tak mengadap matahari naik. sebelah petang terasa silau matahari turun. langsir ada bawa sekali tapi nak sangkut kat mana. kedai berdekatan tak jual besi langsir yang diinginkan. kena cari di kl juga nampak gayanya.

petang, bebudak main basikal di taman berdekatan. cuma tak larat nak angkut turun naik basikal naik tangga.

Melor 
<br />Diary

Melor 
<br />Diary

Melor 
<br />Diary

3 comments:

Leyla Shuri said...

Kat barenda tu nanti boleh tanam pokok bunga yang menyalar...cantik!

melor said...

halela,

rasanya tak seswai nak bertanaman.. rumah tu hanya diduduki hujung minggu atau cuti aje. kang tak pepasal mati kelayuan dalam pasu

Mar said...

kalau tak ada air memang melecehkan.seksa dibuatnya. ingat lagi masa tak ada air besar-besaran dulu.siap kena sukat air.air dibagi selang sehari.makcik siap sakit tulang belakang, masuk hospital gara2 mengangkut air punya pasal