Wednesday, January 19

dah berapa hari rindu nak talipon emak di kg. setiap kali nak mendail no ada saja perkara yang mahu diuruskan. selalunya talipon emak sekitar 6 petang seminggu sekali.

semalam jam 7pm, aku tekad talipon emak walaupun aku tahu magrib menjelang tiba tak lama lagi. kalau bertangguh aku pasti lupa lagi. sebaik ganggang diangkat, suara garau ayah berkumandang.

"emak tak sehat, dah 3 hari demam".
"looo ye ker!" (patut la hati ni dok teringatkan emak)

mintak2 mak dah sehat dan selamat hari ni. kami akan balik malam sebelum raya, tak jadi malam selepas raya bila dikabarkan ayah upacara korban pada hari raya pertama.

No comments: