Monday, January 24

kitorang berangkat balik kg sekitar pukul 8.30malam. sepanjang perjalanan aku tidur. kabarnya jalan jem. entah jalan mana bpren redah bila sesekali aku buka mata kiri kanan jalan gelap gulita yang ada hanya lampu kalimantang rumah2 kg.

sepatutnya 4 ekor lembut dikorbankan di kariah kami. memandangkan kariah tu hanya ada lebihkurang 30 buah rumah dan kalau dicampur anak2 tuan rumah 3 ekor sudah lebih mencukupi sementara seekor lagi di hantar ke kariah lain untuk dikorbankan. daging yang dibawa balik kalau tak dibahagi2kan mau makan tahun baru habis. nasib baik sepupu2 datang adalah rezekinya mendapat sebahagian daging yang dibawa balik. tahun ni bpren tak booking perut, habis dah kena kebas awal2. agaknya org kg ku dah pandai makan perut, kalau tidak tu terbiar sepi tak de sape nak sentuh. (org kelantan makan perut yang direbus ngan air asam/budu.. sori aku tak reti makan stail tu)

sepatutnya kami balik kl petang sabtu. mana tak nya.. kain baju dan kasut sekolah berendam di rumah kena uruskan pencuciannya. rakyat memberontak, majoriti mahu balik esok dan ada yang tak mahu balik terus. dia ingat ni cuti sekolah ker apa nak duduk kg lama2.. ada ker waktu nak balik semalam bebudak tu dok salam aku, bukan salam neneknya.

kepulangan kali ni ada rezeki berganda. selain mendapat daging korban, durian dan rambutan di hadapan rumah sudah masak dan sudah boleh dinikmati hasilnya. namun durian ni tidak seperti kebiasaannya.. kena jolok dulu baru gugur. isinya tebal, lemak dan manis menurut piawaian Mr Durian (bpren ler tu). pendek kata begitu berperisa duriannya.

kalau zar berangan nak ada sangkar ikan dan menjalani kehidupan di kg, bprenku begitu juga bezanya dikelilingi sawah pagi. pendek kata jauh dari hiruk piruk kota menjadi idamannya.

1 comment:

Zareda Norman said...

melor, kalau zar pencen sok, nak buat rumah kat kg tapi tak nak duduk kg, may be buat istana hinggap jer.. heheh kalau diizinkan, rasanya nak duduk dekat ngan anak, may be rumah kat sri kembangan tu jadi tempat bermastautin. Sesekali ada kelapangan baru balik kg.