Wednesday, January 26

sepanjang percutian raya haji hari tu macam2 kisah berlaku. salah satunya kamera kesayangan terjatuh sewaktu hand over antara aku dan angah. akibatnya tak dapat nak download gambar2 korban dan adegan kuch kuch kota hei dengan lembu.

hari ni aku dah selamat tukar mykad yang baru. tunggu lagi sebulan baru siap. tudung berwarna ungu muda yang dipakai terpaksa ditukar ngan tudung yang disediakan. agaknya warna tu tak memenuhi kriteria paspot kut. terkial2 aku menukar tudung di bilik persalinan dan tak pasal2 kena menunggu lagi beberapa minit untuk proses bergambar. proses sekarang dah mudah, tak payah mengotorkan jari dengan dakwat cap jari dan tak payah sebok2 pi kedai gambar tangkap gambar. segalanya di sana.

1 comment:

auntylela said...

Pegawai tu nak cunkan lagi gambo melor lah...tulah suruh tukar warna lain!