Friday, January 14

malam tadi aku dengar along minta duit dari abahnya. "bah, mintak RM200" "abah tak de duit" jawab bpren spontan.

aku tengah mengemaskan katil tika itu. "mi, mintak RM200 bleh tak?"
"amboiii banyaknya nak buat apa?"
"nak bagi mangsa tsunami kat sekolah.. err RM100.. err RM50.. buleh la mi"

begitulah along. cepat prihatin dengan penderitaan orang lain.

di kg pasir mas ari tu, neneknya offer nak belikan macam2 dia tak mahu. "tak payah nenek belikan along apa2.. belikan makanan cukup la"

dirumah pun kerap dia suruh aku ajak mak uda sekeluarga gi makan diluar. "umi bayar yer"

kalau ke pasar atau pasar malam, nampak aje peminta sedekah akan segeralah dia minta duit atau syiling untuk disedekahkan.

along.. along!! jangan sampai ada yang mengambil kesempatan atas keprihatinan along sudahlah.

1 comment:

Anonymous said...

Baiknya hati along, patutler sayang kat adik adik..