Thursday, January 13

tadi bergelap sekejap sekitar 12.30tengahari. memandangkan semua dah turun kecuali aku dan boss.. segera keluar meninggalkan bos sorang2. cadangan awal nak cuci mata di soping complex kerana sangkaku hanya blok kitorang aje yang bergelap. nasib baik tingkat 8 aje, kalu tingkat 30 tu mau masak magi ajelah untuk makan tengahari. ishh nak masak macam mana power tak de..

sampai di bawah orang ramai mula berkumpul di merata2 tempat. peduli apa mereka, aku terus masuk ke mid valley melalui jalan laluan sebelah restoran cina. ishh gelap laaa tak berani nak masuk. kedai cermin mata dan beberapa kedai lain dah ditutup sementara. tak jadi nak masuk.. terus keluar sambil koling2 bpren. dia tengah jemput acik angah dari sekolah. jalan masuk ke mid valley mula jem. dengar kata trafik light pun padam di beberapa tempat.

bergema pengumuman dari mgmt/customer service mid valley tapi tak jelas butir katanya. aku berjalan2 mencari line talipon yang sekejap ada sekejap tak de cuba call hq tentang keadaan di sana. pun black out juga. opsss!! seluruh kl ker??

ketika terpacak depan Dome, seorang gadis cina bertanyakan tentang line talipon. dari depan san francisco rest hingga ke dome dan seterusnya masuk ke dalam berlegar2 sekitar kerusi (dulu depan kedai kurma) aku mencari line. apasal macam biskut hah?? sesetengah tempat ada tapi lagi banyak yang tak de line.

2.00pm, call opis dari rumah. zura kata letrik dah ada. opsss!! harus pulang ke opis. lepas makan mata ngantuk laa dapat lelap seminit dua bes ni.. zura kata tak lama lepas black out dah ada letrik balik.

2.30pm aku sampai opis.

3.00pm bos masuk sambil bertanyakan pukul berapa ada letrik. aku kata black out tak lama... ekekkk nasib baik aku masuk dulu dari bos kalau idak kantoi aku.

No comments: