Wednesday, January 5

~ mertuaku datang ~

orang lain cuti panjang untuk menghilangkan stress, aku duduk rumah bertambah stress dan letih lesu. sakit2 anggota tubuh. nak kata banyak buat kerja rumah.. entahlah, tapi aku banyak berdiri dan berjalan sebenarnya.

peringkat permulaan cuti, buat kerja rumah sambil berlengah2kan masa. sempat lagi tidur dan bersantai menonton tv bersama anak2. bila dikabarkan mak mertua dan adik ipar nak ikut hantar along balik kl aku jadi tak keruan.

bukan aku tak suka dorang datang tapi aku kena bagi sepenuh perhatian dan layanan sebaik mungkin supaya bila pulang nanti tak de yang rasa kecewa atau tak puas hati. sepatutnya mertua berada 2 malam di rumah kami tapi ada sedikit salah faham ngan adik ipar di klang; waktu nak menjemput dorang tak de kat rumah, dah keluar menguruskan hal lain.

dirumah kami, mak mertua masakkan lauk febret bpren; udang masak lemak lengkuas dan ikan goreng untuk dibawa ke rumah kajang. aku tak kisah mertua memasak, takkan dia nak duduk2 aje.. boring juga nanti. kami saling memuji masakan masing2 (ecewahh..!!). mertua kata lauk yangku masak tika menyambut ketibaan dorang sedap2, habis diratahnya. sebenarnya susah juga nak memenuhi selera dorang, bukan semua lauk pauk yang asing padanya disukai dan diterima tekaknya.

masa nak berangkat pulang, mertua menangis kata bprenku. kenapa yer? hiba nak meninggalkan anak cucu diperantauan agaknya.


~ angah acik darjah 1~

hari pertama hanya acik yang bersekolah, angah tak berapa sehat kena duduk rumah mak utih. aku diberitahu cikgu yang sepatutnya menjadi cikgu darjah sudah bersalin jadi tempatnya tak de siapa mengisi buat sementara waktu. habis laaa berkeliaran budak2 tu. tidak lama kemudian seorang guru lelaki mengambil tempat. tegas dan garang. aku sekadar memerhatikan dikejauhan. kanak2 sekarang ni sudah cerdik tak de lagi murid yang menangis tika mahu ditinggalkan ibu bapa, agaknya masing2 dah diberi pendedahan semasa ditadika duhulu; sudah boleh menerima keadaan alam persekolahan. hanya segelintir yang masih mahu melihat kelibat ibu bapa dikejauhan.

masa hari orentasi sabtu lepas, aku agak terleka sedikit melayan acik angah menyebabkan tidak mendengar arahan cikgu supaya murid2 hanya membawa alat tulis sahaja. acik pergi sekolah lengang kangkung tanpa membawa apa2. tak pasal2 aku berkejaran membeli peralatan dikedai mamak yang sudah tentu harganya lebih mahal.

waktu rehat agak kelam kabut sedikit. murid darjah 2 rehat dulu sebaik selesai darjah 1 baru menyusul. mana yang belum selesai makan terpaksa dikerah pulang ke bilik darjah untuk memberi laluan pada yang lain. murid darjah 1 lewat sedikit. iyelah.. kena beratur, nak betulkan barisan, nak pastikan tak de yang tercicir dan memacam karenah lagi. teringat aku zaman dulu2, begitulah agaknya.

hari ke 2, melihat peralatan acik lain sedikit daripada kepunyaan angah, berkobar2 dia mahu ke sekolah supaya dibelikan peralatan yang serupa. alahaiii kalau dah kembar tu tentu saja mahu yang sama sedangkan segalanya sudah disediakan sebelum persekolahan bermula.

balik, bpren jemput dorang dari sekolah. melihat ketiadaanku, acik hampir2 mengamuk. "esok umi kena tunggu acik kat sekolah" katanya dengan nada keras dan mengancam. hehee jenuh jugalah memikirkan idea nak melepaskan diri.

hari ke 3, sambil memandikan acik aku memujuk lembut kenapa aku harus ke tempat kerja hari ni. akhirnya dia faham... fuhhhh lega!!!

Melor 
<br />Diary

2 comments:

Zareda Norman said...

ambui acik angah, tak lepas dari bekalan makanan tu.. heehhe.. dah sekolah darjah 1 diaorang ek..

Unknown said...

seronok nya kat sekolah..