Friday, January 7

~ angah dan acik ~

sikembar ni kalau sehari tak bergurau senda tak sah rasanya perjalanan hidup mereka. walau dimana jua berada dijalan raya atau didalam kereta tengah mandi atau pun tika nak melelapkan mata ada saja cara dorang nak berinteraksi.

sikakak lebih dominan si adik menurut perintah namun si kakak lebih ringan tulang (kekadang) manakala si adik kerap meminta bantuan. si kakak kuat merajuk si adik cepat cool dan minta dipujuk.

perangai keduanya selalu membuat aku dan bpren naik angin. sekejap elok bergurau senda sekejap lagi gaduh bagai nak rak. angah kalau nak cari pasal dengan acik senang aje ayatnya "tanak kawan adik". maka tercetuslah amukan dari acik atau kekadang dipanggil adik. lagi satu ayat pebret angah "angah tanak bawak gi jalan" (macam lah dia yang bawak adik pegi berjalan) atau "akak (angah bahasakan dirinya kakak) tanak belikan adik hadiah" (macamlah dia jugak yang belikan adiknya hadiah).

kalau nak berhentikan acik mengamuk kenalah minta angah pujuk balik siacik hingga tangisannya reda. selagi angah tak pujuk selagi tulah acik merajuk. angah pujuk acik macam orang dah besar; belai rambut, berpelukan sambil mengesat air mata. "alaaa sayang adik kakak ni... dah jangan nangis, nanti kakak bawak adik jalan ye!"

Melor 
<br />Diary
gambar 1 : tengah berbaik2

Melor 
<br />Diary
gambar 2

Melor 
<br />Diary
gaya acik merajuk; angah malas nak layan adiknya terus cabut lari

2 comments:

Op said...

memang seronok layan adik kan

Zareda said...

aramakkk pegang botol ek..