Tuesday, March 29

ku sangka apaa....

bermimpikah aku tiba2 sayup kedengaran kumpulan ramai bercakap2 dibawah sana... agak lama juga aku memasang telinga. ada kematiankah? ada pergaduhan ker? akhirnyaku buka mata menjengok ke tingkap. ramainya orang. tentu istimewa orang yang meninggal tu hingga dapat dilihat pelbagai bangsa menanti jenazah. tapi heran.. tiada sedu kesedihan. jam tika itu menunjukkan 1.30am.

kejutkan bpren. suruh dia pergi cek alkisah sebenarnya. aku talipon anak buah yang disangka salah seorang yang sedang berlonggok, rupanya masih dikedai runcit membantu ibunya. tak tahu hujung pangkal juga rupanya dia. NTV7 dibuka untuk mengetahui perkembangan terkini yang disiarkan secara langsung.

bila bpren naik ke atas, anak2 kejutkan suruh turun. ramainya orang, ni kalau berjualan makanan tentu laku fikirku yang tak bisnesminded langsung.

setengah jam aje kami lepak di bawah. 2.00am lebih kurang kami naik keatas. rasanya tak de apa2 tu. Insyaallah.

kami tidur hingga ke pagi. masing2 liat betul nak bangkit...

No comments: